Demam hindi | melanda kami sefamili, kalau weekend lepas kami tengok Bajrangi Baijaan. Semalam, lepas sembahyang jumaat... Kami terus layan Taare Zameen Par...

Ulang tayang ok. Pernah tengok suatu ketika dulu. Tapi kali ni atas permintaan adik. Actually, adik sekarang tengah bertugas sebagai guru ganti untuk kelas khas di sebuah sekolah... Then, ada cikgu yang bagi movie Taare Zameen Par kat adik... Suruh tengok untuk dijadikan inspirasi mengajar anak-anak istimewa kot. Lagipun adik kata tak pernah tengok lagi. So, kami pun temankan dia tengok sekali.

Sumber gambar daripada google image

SINOPSIS TAARE ZAMEEN PAR
Actually, filem Taare Zameen Par mengisahkan tentang seorang kanak-kanak berumur 9 tahun yang bernama Ishaan Nandkishore Awasthi. Mempunyai masalah Disleksia iaitu masalah membaca dan menulis... Namun, tiada siapa yang ingin tahu mengenai permasalah tersebut termasuklah ibubapa Ishaan dan jugak guru kelasnya. Apa yang mereka tahu... Bila lshaan gagal dalam setiap ujian... Pastinya Ishaan kena marah.

Oleh yang demikian, parents Ishaan mengambil keputusan untuk menghantar Ishaan ke sekolah berasrama penuh. Di sekolah berasrama pun, Ishaan tetap juga dimarahi oleh guru-gurunya... Lagi parah, Ishaan semakin diam dan tidak suka untuk belajar.

Suatu hari, seorang guru sementara bernama Ram Shankar Nikumbh (Amir Khan) datang ke sekolah tersebut untuk mengajar subjek lukisan. Dan... Setiap kali Ram Shankar menyuruh pelajar melukis. Ishaan lansung tak melakukannya... Malah memilih untuk berdiam. Then... Ram Shankar akhirnya perasan akan tingkahlaku Ishaan dan cuba untuk mencari apa sebenarnya masalah yang dihadapi oleh Ishaan. Dan... Akhirnya, kenapa Ishaan berperangai sedemikian terjawab.

Ram Shankar tanpa mengira waktu... Tetap membantu Ishaan sehinggalah akhirnya Ishaan mampu membaca dan menulis. Malah mulai menyukai aktiviti melukis dan belajar.

Even dah dua kali tengok... Still tak membosankan. Pada aku ceritanya amat bagus buat pendidik dan jugak parents. Jangan sesekali abaikan murid yang bermasalah... Sebaliknya carilah punca yang menyebabkan murid tersebut bermasalah. Then... PERHATIAN amatlah anak-anak perlukan dalam perkembangan tumbesaran mereka. Bukan hanya bagi makan, pakai dan sogokkan mereka dengan gajet semata-mata.

Wallahu'alam... Bersamalah kita beringat.