Ayam masak kunyit atau lebih dikenali sebagai ayam masak singgang oleh arwah nenek. Tetiba, semalam teringin nak makan ayam masak kunyit. Seawal pagi dah suruh adik ambik serai di tepi rumah... Dan, seawal jam 10 pagi jugak aku dah start masak lauk untuk lunch. Al-maklumlah, hujan... Ain pun tengah lena tidur... Kenalah jadi supermak di dapur before dia terbangun. Lagipun... Lepas makan, kami rancang nak tengok Filem Polis Evo. Hehe...


RESEPI DAN CARA MEMBUAT AYAM MASAK KUNYIT
Sebenarnya... Resepi ni pada aku... Adalah merupakan resepi atau menu berasaskan ayam yang paling mudah nak buat. Bahan yang diperlukan pun sikit... Iaitu ayam lebih kurang 500gram, 2 batang serai yang dah siap diketuk, halia, 2 biji bawang besar, 5 ulas bawang merah, 7 ulas bawang putih, sedikit serbuk kunyit, cili ikut kepedasan memasing, 2 sudu serbuk kari, garam dan sedikit ajinomoto.

Cara masaknya pulak... First step, potong ayam, kisar bahan seperti bawang dan halia... Kemudian gaulkan hingga sebati. Tambah kunyit dan kari. Panaskan kuali dan gorengkan bawang besar yang telah dihiris halus. Masukkan ayam dan serai. Last sekali... Masukkan cili yang telah dihiris halus untuk dijadikan hiasan.

Sangat sedap bila dimakan dengan nasi yang panas. Alhamdulillah... Rezeki lunch kami. Walaupun simple... Namun bermakna bila si suami dan anak-anak ada di depan mata, makan bersama menikmati juadah hasil air tangan si ibu :)