Kentang goreng KFC kononnya yang sangat mudah nak buat. Actually, resepi ni selalu rakan fb share. So, apalagi... Teringin jugak nak buat untuk minum petang sambil dengar pembentangan bajet 2016 semalam. Alhamdulillah... Ain pun suka.


CARA MEMBUAT KENTANG GORENG
Tapi... Sedikit perubahan resepi aku buat... So far... Sedap jugak. Antara lain bahan yang aku guna adalah seperti berikut:-

7-8 biji kentang (dibasuh bersih dan belah)
1/4 cawan tepung gandum (atau secukupnya)
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil lada sulah
Perencah secukup rasa maggie yang kecik

Nak buat pulak... Just rebus kentang sekejap. Then... Salutkan dengan tepung yang telah siap digaulkan dengan semua bahan. Akhir sekali... Goreng sehingga garing. Sedap dimakan dengan sos cheezy wedges. Tapi... Malas punya pasal. Tambahan nak cepat. Hubby request cicah pulak dengan sos cili.

Tu pasal menu minum petang semalam. Pasal bajet 2016. Huhu... Kemain banyak peruntukan untuk Sarawak yer, termasuklah pinjaman tanpa faedah untuk buat rumah panjang. Tapi... Alah. Malaslah nak ulas. Kang... Ada pulak yang membidas. Cuma tula... Part bonus untuk penjawat awam. Seperti dah dijangkan. Pastinya... Sekadar bantuan RM500 yang akan dibayar pada Januari 2016. Tak silap jugak dapat inisiatif kenaikan gaji tahunan pada julai 2016. Ermmm... BR1M pun naik. Huhu... Satu lagi susu bayi akan dihapuskan GST tu pun susu berasaskan soya dan organik. Mean... Susu berasaskan susu lembu still ada GST lah tu. Puas hati ke tak rakyat... Wallahu'alam... Nak tak nak kena terima jelahkan. Betul tak?