Raya kedua di rumah mertua. Seperti kelaziman, raya kedua stay kat rumah... Sebab hari raya kedua, ramai saudara nak datang selepas ke kubur. Walaupun stay rumah... Alia dan Ain still dapat duit raya. Haha... Terbalik kan. Sepatutnya tuan rumah yang bagi duit raya... Ni, tetamu yang datang bagi duit raya kat tuan rumah.

Hurmmm... Alia pulak, bila dah tengok orang ramai. Dia duduk diam... Lansung tak berganjak dari pangkuan neneknya. Baik betul perangai. Padahal... Kalau takde orang datang... Boleh jadi tarzan jugak aku dibuatnya. Haha...

Ain pulak... Lansung tak nak berenggang dari aku. Buat kerja pun sebelah tangan... Tangan sebelah lagi dukung dia. Sabar jelah. Buat perangai pulak dia balik kali ni... Padahal before ni... Elok je.

Petang pulak... Dek kerana panas yang amat. Hubby bawak kami ronda kampung. Sudahnya Alia dan Ain tidur kepenatan. Kesian punya pasal... Hampir 2 jam jugak kami ronda-ronda... Nak kasi dua beradik puas tidur katanya.

Raya kali ni takde snap gambar sangat sebab siapa pegang gajet... Kena perli. Hahahaha... So, bersabar jelah dengan entri aku yang banyak takde gambar raya ^_<.