Assalamu'alaikum, hai
Cinta amat susah untuk ditakrifkan. Ia amat subjektif untuk digambarkan. Namun, apa yang dapat aku katakan cinta adalah satu perasaan yang unik yang Allah S.W.T kurniakan untuk manusia mengasihi antara satu sama lain terutamanya antara lelaki dan perempuan.

Sumber daripada google imej
Bila hati sudah jatuh cinta... Dunia ini ibarat kita yang punya. Setiap sudut pemikiran kita... Yang hanya ada fikiran terhadap orang yang dicintai. Bak kata pepatah melayu 'makan tak kenyang, mandi tak basah'. Malah... Kalau boleh 24 hours nak hadap muka si dia. 24 hours nak dengar suara dia. Setiap bait kata yang lahir dari mulut pasti akan menyebut nama si dia. 

Pendek kata... Setiap hembusan nafas... Semuanya kerana dia. Segala-galanya untuk si dia. Kalau tak... Mana mungkin madah 'lautan api sanggup ku renangi' yang menggambarkan betapa hebatnya pengaruh perasan cinta apabila ia mulai berputik tercipta. Malah, jika iman tak sekuat mana... Dek kerana cinta, seseorang itu sanggup gadaikan maruah. Na'uzubillah!

Begitulah lumrah alam bapila hati mulai jatuh cinta pada seseorang.