Assalamu'alaikum, hai...
Selamat hari Malaysia semua. Hari ni aku dan family tak pergi mana-mana. Cuaca panas sangat. So, duduk rumah jelah jawabnya. Bila duduk rumah... Mesti tak putus-putus makan... Tidur, makan... Tidur. Takde apa nak buat kan. Nak update blog pun... Belah petang barulah berkesempatan.Kalau Alia bangun... Takde maknanya aku nak hadap laptop or android. Pastinya, dia yang dulu nak guna. Padahal... Main hentam je tu guna. Haha...


Actually, aku nak share sedikit info pasal satu produk halal ni... Iaitu sejenis herba rendaman kaki yang sangat murah dan berkesan. Sekotak... Berharga RM5.80. Bukan aku jual ok. Hehe... Tapi... Boleh didapati di Watsons, Farmasi Vitacare, Giants, Mydin, Baby Shop dan Dear Baby yang berdekatan.

Hubby dah guna beberapa kali. Ternyata... Katanya... Badan terasa ringan, tidur pun selesa. Untuk pengetahuan kita semua, herba rendaman kaki tersebut mengandungi beberapa jenis tumbuhan, seperti:-
  • DAUN SEMBUNG iaitu untuk melegakan seram sejuk dan kesakitan.
  • DAUN DUKUNG ANAK untuk melancarkan aliran darah dan melawas pembuangan air.
  • DAUN PUDINA iaitu untuk membantu membuang angin dan sakit kepala, membantu pencernaan dan merawat masalah kulit.
Sesuai untuk golongan tua yang berumur 60 tahun ke atas, perempuan mengandung dan individu yang mempunyai masalah darah tinggi, asma dan masalah jantung.

Semalam... Hubby rendam kaki lagi... Tak sanggup tunggu, aku pun terus tidur. Bangun pagi, siap bagitahu aku... yang dia sangat selesa tidur setelah merendamkan kaki menggunakan herba rendaman kaki tersebut. Apalagi... Datang pulak idea aku nak share produknya. Hehe...