Assalamu’alaikum, hai…
Pernah minum air anugerah
tak? Aku pun tak pernah sebenarnya. Ahad lepas masa on the way balik kampung…
Singgah di Everise, Kota Samarahan. Tertengok air anugerah di kedai
bersebelahan dengan Everise. Apalagi hubby… Terus nak try. Rembat 2 botol. Satu
botol air anugerah berharga RM5.00.
Semalam aku mencarilah
info mengenai air anugerah. Nak tahu kebaikan air anugerah sebenarnya… Sebab
hubby kata… Airnya rasa seperti air mineral. Biasa je. Apa yang hebatnya air
anugerahlah kan? Aku pulak tak sempat nak merasa… Dek kerana kehausan… Hubby
lupa nak bagi aku try. Takpelah…
Daripada info yang aku
dapat… Air anugerah dikatakan air beralkali yang menggabungkan kehebatan sains
dan perubatan Islam untuk membantu menghilangkan kesakitan rohani dan jasmani
si peminum. Malah… Ia dikatakan mampu meneutralkan kandungan asid berlebihan di
dalam badan, menyahkan toksin dari dalam badan, menghidrat supaya tubuh badan
tidak akan mengalami masalah kekurangan air, menguatkan system pertahanan badan
dari serangan penyakit dan menjadi ejen antioksidan yang terbaik. [ Sumber info : Di Sini ]
Hurmmm… Banyakkan
kelebihan air anugerah. Tapi… Kena ingat. Sebelum minum, baca bismillah dan
selawat 3 kali. Kemudian niat di dalam hati. Hehe… Jangan jadi seperti my
husband. Baca bismillah terus minum. Ingatkan macam air mineral biasalah kan.
Lagi satu… Menurut info yang aku baca di internet… kita kena pastikan air
anugerah tidak dilangkah…
Kalau di internet… Air
anugerah dijual dengan harga RM4.50 tau. Tapi… Tadi masa makan kat gerai makan
berdekatan Politeknik METrO Betong, harga air anugerah… Mak aii… Sampai RM6.00
pekedai tu jual. Huhu…
1 Comments
amboi, mahalnya air..
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.