Assalamu'alaikum, hai...
Sejak tengok sorang mom di WHI haritu buat homemade aiskrim batang. Aku terus jadi berkenan tengok. Then... Rasa nak buat jugak untuk Alia. Almaklumla... Sejak first time makan aiskrim haritu. Alia dah reti mintak aiskrim. Bukan tak nak bagi... Tapi tula. Yang beli di luar bukannya berkhasiat sangatkan.

Before google kat mana nak beli mini ice-bar makers tu. Aku ada jugak carik di shopping kompleks di Sarawak yang aku pernah pegi jelah... Tapi tak jumpa. Jumpa pun yang batang je. Bekas dia ikut suka kita nak guna. Macam tak best.

Dah puas cari... Aku google pulak mana nak beli tupperware untuk buat aiskrim batang tu. Oh! Rupanya boleh beli di Daiso. Kedai semua barangnya berharga RM5. If beli online RM13 tak silap. Carik pulak kot-kot kat Sarawak ada tak kedai Daiso. Huhu... Sian. 25 Disember ni baru bukak di Bluevard, Kuching sempena krismas. Tapi tak pasti bukak kedai ke atau just pameran.

tupperware aiskrim batang, ice-bar makers daiso, beli online bekas aiskrim batang,

Nasib baik adik aku bercuti ke rumah isterinya di Perlis. Turun Kuala Lumpur bolehla beli. Alhamdulillah... Semalam adik balik dah setelah 3 minggu di sana. Hehe... Lepas ni bolehla Alia makan homemade aiskrim yang emaknya sendiri buat kan... Sebab adik ada belikan ice-bar makers dah...