Assalamu'alaikum, hai...
Dah lama simpan angan-angan nak beli philips Viva Airfryer ni. Asyik tertangguh je. Apa taknya... Duit asyik keluar masuk. Alih-alih tertangguh. Setakat ni... Yang nilah yang aku berkenan... Even harga sekitar RM1,199. Ada tak yang lebih murah dan ok jugak function'nya ek?


Daripada survey yang aku buat philips Viva Airfryer ni adalah salah satu cara memasak yang mampu kurangkan lemak sehingga 80 peratus... Sebab masak tak guna minyak. Boleh je goreng ayam atau kentang dalam tu. Sihat kan?

Tapi... Kalau ada yang lebih murah dan bagus. Pun ok jugak. Hurmmm... Nanti nak survey lagi kalau-kalau ada yang lebih murah. 

Alahai... Bilalah aku dapat beli ek!...