Assalamu'alaikum ♥,
Terbaca di kosmo.com.my....
KUALA LUMPUR - Penyanyi popular 80-an, Noorshila Amin melecur di muka, lengan dan kaki akibat disambar api daripada tong gas yang bocor ketika memasak di rumah anaknya di Kepong pada Sabtu lalu.
Menurut Noorshila, 49, kejadian berlaku pada pukul 2 petang dan ketika itu dia memasak di rumah anak sulungnya, Nurul Admiena Norrizan sempena majlis rumah terbuka yang diadakan oleh anaknya itu.
"Ketika memasak tiba-tiba api menyambar sebelah kiri badan saya menyebabkan muka, lengan dan kaki saya di bahagian itu melecur," kata Noorshila yang mendapatkan rawatan di sebuah klinik di Selayang.
**************************************
Tu lah.... Malang tak berbau. Baru last week tak silap tengok Noorshila Amin dalam MHI. This week. Keluar pulak cerita sebegini. Kekadang perkara sebegini takleh nak dijangkakan!
Semoga Noorshila cepat sembuh hendaknya.