Assalamu'alaikum ♥, 
Seperti pernah aku kata. Pagi semalam hubby pergi bandar beli barang. Baliknya... Banyak jugak barang yang tak tersenarai dibelinya. Biasalah bulan puasakan. Semua benda teringin nak makan. So, takpelah sekali-sekala berbelanja lebih. Hehe...

Antara yang dia beli kerana teringin sangat adalah keropok lekor segera yang disejukbeku. Sampai 2 bungkus dibelinya. Yang tak tahan tu. Sampai-sampai rumah first thing yang dia bagitau pasal dia ada belikan keropok lekor dan suruh gorengkan keropok lekor untuk minum malam. Sah! Teringin sangatlah tu.

keropok lekor dari negeri mana sedap, keropok lekor sejukbeku, keropok lekor instant, keropok lekor terengganu,

Bagi aku... Keropok lekor segera pek yang hubby belikan lebih kurang sama je dengan yang ori. Persamaanya cuma... Dari segi teksturnya.Lembut.... Tapi ada kurangnya. Tak sesedap yang keropok lekor ori fresh dari Terengganu. Maybe dah disejukbeku kot... Tu yang menyebabkannya kurang ummphh. Apa-apa pun pendapat... Tetap licin jugak pinggan. Hikhik... Alia pun tak ketinggalan. Siap mintak lagi.

Alhamdulillah rezeki hari ke-5 berpuasa. Hehe...