Assalamu'alaikum ♥,
Bila anak dah reti berjalan. Tak sabar pulak rasanya nak tengok dia pandai bercakap. Itulah hukum alam... Dan itulah jugak yang dok bermain di fikiran aku sekarang. 

Menurut Doktor Carol Cooper dalam bukunya berjudul 'Soal Jawab Bayi dan Kanak-kanak' yang pernah aku baca... Beliau ada memberikan beberapa kaedah untuk mengajar anak bercakap. Antaranya, ialah :-
  • Berikan banyak masa, perhatian dan hubungan mata ketika bercakap dengannya.
  • Beritahunya apa yang sedang kita lakukan dengan jelas dan ringkas.
  • Semasa berbual, pastikan tidak banyak benda yang boleh mengalihkan perhatiannya.
  • Berceritalah kepadanya dan bacakan buku. Ajarkannya lagu dan puisi kanak-kanak.
  • Lakukan pengulangan bila bercakap dan jangan bercakap pelat seperti percakapan bayi. Contohnya... Dia mungkin berkata 'kut-kut'. Tetapi dia perlu mendengar kita menyebut 'biskut'.

Tu antara 5 tips menggalakkan anak bercakap yang Doktor Carol Cooper sarankan. Sekarang ni aku pun dok cuba terapkan 5 tips tersebut dengan Alia. Semoga Alia reti bercakap dengan cepat yer ^_^.