Assalamu'alaikum...
Ambik mu... Tajuk panjang berjela. Hehe... Bukan nak riak atau menunjuk. Namun... Itulah kenyataannya di mana Alia jarang menghadapi masalah batuk. Rasanya sepanjang tempoh umur Alia setahun 3 bulan cuma sekali jer batuk. Tu pun tak lama... 2 hari jer.

Apa yang aku amalkan ialah :-

Bagi anak banyak minum air suam. Cara aku... Selalu letak air kosong dalam bekas atas meja. Alia dah reti ambik sendiri ^_^.

Mandikan 3 kali sehari supaya panas badan keluar.

Waktu tidur malam... Aku akan sapukan vick khas untuk kanak-kanak di belakang badan Alia antara jam 1 hingga 3 pagi.

Satu lagi... Bagi anak mandi pada waktu yang sesuai iaitu 8 pagi, selepas zuhur dan sebelum 7 malam. Kalau dah pukul 7 tu... Aku akan bagi Alia mandi air suam.

Tu antara tip yang aku amalkan. Alhamdulillah... Alia sihat tanpa batuk. Moga tip yang aku kongsikan berguna buat kita semua.