Assalamu'alaikum...

Hari cuti nan indah. Bila dah berumah tangga. Sang isteri sudah pasti di bawah kekuasaan suami... Dan kebahagiaan rumah tangga itu juga sudah pasti memerlukan pasangan yang toleransi. Namun, banyak institusi kekeluargaan hancur adalah disebabkan oleh tiadanya kesefahaman. Sebagai pemimpin rumahtangga seharusnya mempunyai ciri-ciri berikut... Barulah isteri sayang. Hehe...(*** huraian yang bakal aku katakan adalah berdasarkan pemahaman aku sendiri ek!, Setelah membaca beberapa buah buku, majalah dan artikel di internet).

Pertama...Biarlah bersifat pemaaf. Berilah kemaafan sekiranya isteri melakukan kesilapan. Tak payahlah nak ungkit-ungkit kesalahan isteri dan tunjukkan rasa tak puas hati. Nanti mengundang padah. Al-maklumlah perempuan mudah nak moody. Kang tak pasal-pasal berpanjangan pulak salah fahamnya. Susah tu. Firman Allah S.W.T yang bermaksud :"Dan hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang itu. Tidakkah kamu suka Allah memberi keampunan kepada kamu? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani".(Surah al-Nur 24:22). Tu sifat pertama yang perlu ada pada suami.

Sifat kedua pulak... Janganlah bersikap cerewet. Kalau suami cerewet. Susah wooo. Ini tak kena. Itu tak kena. Alih-alih menyebabkan isteri tertekan terutamanya dalam hal makan minum dan pakaian. Mesti isteri dok fikir, adakah yang dilakukan olehnya menepati kehendak dan keperluan suami. Kan payah tu. Sian isteri. (***Nasib baik en. Hussien tak cerewet. Kalau tak hari-hari aku stress).

Seterusnya sifat yang ketiga biarlah jadi seorang yang pemurah. Mean, sekali-sekala tu berbelanjalah untuk isteri. Tapi amaran buat sang isteri. Bila suami pemurah jangan pulak naik kepala mintak itu dan ini. Sian suami. Mana nak cekau duit kalau dah hari-hari mintak dibelikan itu dan ini. Janganlah bersifat kedekut ek! Baru je nak suruh beli baju. Dah bising memanjang kata buat apa beli baju bebanyak. Jangan macam tu... Nanti isteri makan hati dibuatnya. Payah!.

Selain tu jugak isteri mendambakan seorang suami yang ringan tulang. Bantulah isteri dalam hal menguruskan rumahtangga. Jangan semua benda isteri kena buat. Suami pulak tau kerja dan balik baca news. Isteri bukan robot atau orang gaji ok. Apa salahnya sekali sekala tolonglah isteri. Just simple things pun tak apa. Tolong tengokkan anak ke time isteri memasak. Ringan gak kerja isteri. Isteri pun makin sayang tau. Boleh gak elak isteri moody. Bhaha....

Kemudian isteri juga sukakan suami yang bersikap memuliakan mertuanya . Janganlah terlalu bersikap kejam sehingga tak bagi isteri balik menziarahi kedua orang tuanya. Memanglah lepas kawin, isteri adalah tanggungjawab suami. Tapi janganlah sampai tak boleh balik sekali sekala. Pernah terjadi tau kat kampung aku. Sampai ayahnya meninggal pun dia tak balik dan dia memang jarang balik pun. Dengar citer suaminya panas baran dan tak izinkan dia balik. Benar atau tidak... Wallahualam! Tu gosip orang buat. Tapi andai betul... Kesianlah dengan si isteri yang terpaksa memendamkan rasa sedih tak dapat jumpa dengan orang tuanya. Kalau ada suami bersikap begini... Cubalah gembirakan hati isteri. Nescaya... Isteri pasti takkan melakukan kecurangan. Aku percaya!

Lastly, sikap suami yang isteri dambakan jugak ialah janganlah terlalu cemburu sampai mengundang pergaduhan hari-hari. Zaman moden ni isteri pun perlu keluar bekerja dan berjumpa ramai orang. Berilah kepercayaan kepada isteri. Andai sang suami bersikap toleransi... Pasti isteri sentiasa ingat akan sang suami. Confirm!... Tak caya! Tanyalah pada para isteri... Betul ke tidak.

That it's antara perkongsian aku tentang cerita rumah tangga. Kebahagiaan itu perlu kita cari... Aku percaya. Pasti ramai para isteri yang mendambakan sikap-sikap suami seperti itu kan...

Orait! Semoga perkongsian ini menjadi ingatan buat kita semua terutamanya bagi kaum adam.

"Semakin banyak kita memberi, semakin banyak kita dapati". Renung-renungkan lah...

Sekian. Wassalam...

Nota kaki : Alhamdulillah! Nasib baik en. Hussien tak cerewet. Malah ringan tulang. Sayang sesangat.