Assalamu'alaikum...
Alhamdulillah! Sekali lagi aku berpeluang untuk sambung cerita aku minggu lepas berkenaan dengan pemeriksaan ibu hamil. Walaupun dah setahun berlalu... Ia tetap segar di ingatanku...
Berbalik kepada cerita aku. Selain daripada urine test dan ukuran berat badan. Ketinggian ibu juga akan turut diuji. Tapi... Hanya akan dilakukan pada kali pertama pemeriksaan kehamilan jer. Checkup seterusnya takde lagi dah. Tak seperti berat badan. Setiap kali checkup... Mesti diukur. Mulanya dulu aku tak tau sebenarnya pasal kenapa perlu periksa ketinggian semasa hamil. Tapi... Lepas baca majalah Pa&Ma, baru aku tahu. Rupa-rupanya amatlah penting sebagai panduan dan gambaran awal kepada saiz pelvik. Saiz pelvik yang kecil kadangkala bermakna kelahiran yang sukar semasa proses kelahiran. Maka pembedahan ceaserean mungkin akan dilakukan. That it's... Berkenaan ujian ketinggian semasa pemeriksaan kehamilan.
Bukan tu jer... Ada lagi ujian yang akan dilakukan seperti ujian imbasan untuk bayi. Ini bertujuan untuk melihat keadaan uri, kedudukan bayi, kesihatan bayi dan sebagainya. Kebiasaannya ia akan dilakukan bila kandungan mencecah 4 bulan. Tu... Klinik kerajaan lah. Kalau aku dulu... buat kat hospital swasta pun ada gak. Hehe.... Selepas tu. Tiap kali checkup. Kita gak akan diambik sedikit darah untuk menilai Hemoglobin dalam darah (HB). Yang ni mesti kena tinggi dan melepasi nilai 11. Bahaya kalau Hb rendah. Maunya tumpah darah masa melahirkan bayi. Nauzubillah....
Apa lagi ek! Oh ya tekanan darah jugak turut diuji setiap kali buat pemeriksaan. Aku rasa tu jer kot kalau tak silap. Kalau ada pun.... InsyaAllah! Nanti akan aku kongsikan lagi ek!
Sekian. Wassalam...
1 Comments
anak sulung je kot sheck tinggi.yg 2nd ni just amik info dr buku merah lama je..tinggi org dewasa dh tak berubah ekk fiza?hehe
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.