Assalamu'alaikum...
Habis jer waktu kelas . Kami tiga beranak pun gerak dari rumah. Lebih kurang jam 12:30 tengahari macam tu lah masanya. Nasib baik semalam dah siap packing barang dan kemas rumah. Kalau tak kelam kabut dibuatnya. Tapi tak risau sangat nak tinggalkan rumah... Sebab ada jiran tak balik. Mereka dah balik time chinese new year hari tu... Tu yang tak balik tu.
Dalam pukul 3:40 petang barulah sampai di bandar Bintulu. Penat aaa... Alia bukan reti nak duduk. Nak berdiri memanjang. Tengok kereta laju-laju tegur... Sepanjang jalan tak habis-habis sebut car. Kecik besar semuanya car. Sekali-sekala kedengaran suara ayahnya mencelah membetulkan Alia.
En. Hussien terus hantar kami ke hotel AAA... Dah booking dah last months. Bilik sama 103. Sebab dia ada urusan di LHDN. So, malam kot kami keluar... Lepas bagi Alia mandi.
Nilah antara suasana dalam hotel AAA |
Oh! Yup.... Hotel AAA adalah antara hotel murah dan selesa di bandar Bintulu. Ramai para cikgu yang bermalam di sini. RM60 jer sehari semalam. Oklah kan.
Sampai di hotel Alia asyik sebut nak mamam jer. Hai... Bagi pulak budak kecik ni makan. Tapi nak kena panaskan bubur yang aku bekalkan dulu. Nanti aku update pasal macam mana nak panaskan bubur ok.
Sekian. Wassalam...
1 Comments
pergi bercuti ke apa ni fiza?berbaloi la sbb hotelnya murah
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.