Assalamu'alaikum...
Jam 5:00 pagi dah... Entah! Tetiba jer mata aku tak boleh nak lelap dan tetiba jer aku teringat akan berita semalam berkaitan berita terkini pencerobohan di Semporna, Sabah. Sayu dan pilu jer tengok ahli keluarga mangsa yang terkorban dalam rancangan khas tv3 jam 7 semalam. Antara pegawai dan anggota polis yang terkorban adalah Supt Ibrahim Lebar, Subang Jaya, Selangor, ASP Micheal Padel, Serian, Sarawak, Sjn Baharin Hamit, Kota Kinabalu ,Sabah, Sjn Aziz Sarikun, Semporna , Sabah, KPL/S Salam Togiran, Tawau,Sabah dan L/KPL Mohd Azrul Tukiran, Klang, Selangor (*** Senarai nama ni aku dapat daripada Harian Metro). Al-fatihah... Buat mereka.

Betapa tingginya pengorbanan mereka dalam menjaga keamanan negara kita. Sanggup korbankan nyawa demi keselamatan semua tau. Macam manalah saat getir berlaku ketika petempuran tu yer. Subhanallah!

Sejak berita pencerobohan di lahad datu... Aku dan En. Hussien juga turut tak nak ketinggalan untuk mengetahui berita terkini mengenainya. Dalam hal ni, aku lebih terarah untuk melihat berita di tv dibandingkan membaca bahan dari internet. Macam-macam pendapat yang dilemparkan yer mengenai pencerobohan di Sabah. This part, no comment...

Namun, sebagai rakyat Malaysia... Aku turut bersimpati atas apa yang berlaku. Semoga apa yang berlaku akan berakhir secepat yang mungkin.

"Ya Allah... Lindungilah bumi Malaysia daripada Mara berbahaya."


Alia pun nonton tv gak... Hehe. Saja jer kan! Kasi semak ini blog

Oklah... Dah subuh dah pun. Rasanya setakat ni jelah dulu celoteh aku untuk entri pertama 5 Mac 2013 (***Hehe... Siap bertarikh). Sekian...

Wassalam...