Assalamualaikum ♥,
Entri ke-2 daripada aku untuk hari ni... Alhamdulillah! Banyak pulak idea aku untuk bercerita kali ni (~_●). 

Baiklah... Cakap pepanjang pun tak guna kan... Baik direct to the point. So, entri kali ni aku ingin berkongsi info iaitu cara terbaik untuk hilangkan selsema pada bayi

Kenapa aku kata terbaik? Sebabnya tak perlu telan ubat bagai dan tak perlu buang duit bebanyak... Sebab tu aku kata terbaik. 

Caranya... Senang jer. 

Calitkan kunyit yang segar dari ladang... Bukan yang serbuk beli kat kedai yer... Di hidung hinggala ubun-ubun disertakan selawat ke atas nabi sebanyak 3 kali. InsyaAllah dengan izin Allah, selsema anak akan hilang. 

**************************************

Baru-baru ni Alia selsema... Makan ubat tapi masih lagi selsema tak hilang... Aku cuba cara ni...  Alhamdulillah lepas 4 hari. Selsema Alia dah pulih. Walaupun lambat tapi selamat. Bukan aku kata ubat tak bagus tapi kalau boleh aku tak nak bergantung sangat kepada ubat... Nak gak try bahan semulajadi. Guna teknik di entri vicks vaporub dan kemujarabannya. pun ok gak. 


Macam-macam cara aku guna hasil dari google selagi tak memudaratkan... Dan InsyaAllah andai ia mujarab pasti akan aku kongsikan di blog...