Hola ,
Syukur pada Allah kerana telah memberi peluang dan ruang untuk aku terus berkongsi cerita di sini.

Kalau entri semalam. Aku dok sibuk bercerita tentang Cucur pusuk tu apa? . Macam pelik jer bunyinya kan... Tapi entri kali ni berkaitan dengan anak patung yang aku rasa patut dikongsikan.

Pasti ramai di antara kita pernah memikirkan cara terbaik untuk mencuci patung?. Tapi kan... Mesti ramai yang guna cara merendam patung dengan air panas... Betul tak.? Aku pun buat benda yang sama.

Baru-baru ni aku ada terbaca dalam majalah iSIHAT dan terdapat cara yang bagus untuk mencuci patung di mana caranya adalah dengan memasukkan patung yang hendak dicuci ke dalam tempat sejuk beku, peti sejuk dan dibiarkan semalaman. Kemudian, vakumkan dan dijemur. Info ini dinyatakan oleh Dr. Raymond Tan di dalam majalah iSIHAT.

Hurmmmm... Susah gak ek nak cuci patung?