Hola ,
Setia hingga hujung nyawa?... Satu janji apabila wujud dasar cinta di hati pada pasangan bercinta mahupun suami isteri. Namun,sejauh mana janji itu dikotakan... Wallahualam. Kita tak tahu apa yang bakal berlaku di kemudian hari. Tetapi... Andai kita menerima pasangan kita dengan seadanya dan dilengkapi dengan 3K iaitu Kepercayaan, Kesetiaan dan Kejujuran... InsyaAllah! kebahagiaan itu pasti dimiliki. Chewah! power tak madah aku? Hehehe...

Al-maklumlah sekarang tengah hot Akasia tv3 Setia hingga hujung nyawa. Aku ngan encik suami tak ketinggalan tengok. tak dapat tengok on time, tengok kat internet pun sanggup. Haha... Nak buat macam mana. Dah terjebak... Ekekeke...

Jalan citernya bagi aku taklah membosankan. Best la jugak. 

Bagi aku... Banyak pengajaran daripada citer ni sebenarnya. Bak kata mak aku... Jangan tengok dan mengutuk jer pandai... Cuba fikir secara positif dan ambik sesuatu kejadian atau keadaan itu sebagai pengajaran dan cuba adaptasi dalam real life. Jangan memain dengan mak aku. Dalam kelembutan ada ketegasan... Huhu...

Bagi aku... Apa yang dilakukan Zain tidak sepatutnya berlaku dalam institusi rumah tangga. Terutamanya sikapnya yang mudah menceritakan segala hal rumahtangga termasuk citer dalam bilik tidur pun diceritakan kepada orang lain... Walaupun dengan kawan karib, ia tidak sepatutnya diceritakan. Pada aku... Rambut jer sama hitam, hati lain-lain. Kekadang kawan makan kawan pun ada.

Satu lagi... Apa yang berlaku pada Ersalina... Mengandung! that real fact yang harus kita ambik tahu... Cuba relate dengan kehidupan segelintir remaja zaman sekarang yang begitu mudah menyerahkan mahkota kepada lelaki. Yang lelaki pulak cabut lari. Kesannya... Macam-macam masalah wujud.

Huhu... Apalah kesudahan citer dia malam ni yer? Tak sabar nak tengok. Rasa-rasa citer ni dah nak sampai penghujung. Apalah kesudahannya?