Hola 
Sakit kepala ataupun migrain merupakan jenis penyakit paling umum dan ramai yang menghidapinya. Banyak faktor yang mencetuskan sakit kepala seperti sinusitis, stress dan ketegangan mental. 
Akan Tetapi, tahukah anda bahawa pola diet atau pengambilan makanan tertentu juga menyumbang besar terhadap sakit kepala atau sakit lain anda.

Pada pendapat akulah yer, kenyataan di atas yang dipetik daripada majalah iSIHAT ini ada benarnya. Aku sendiri pun... Tiap kali makan pisang, pasti perut memulas. Hehe... Pisang sememangnya baik untuk penghidap sembelit kot macam aku. Tapi, itu dululah... 

Itu cerita pisang, Hahaha...  Sebab aku tak pening bila makan coklat. Macam mana tu?

Ok! berbalik kepada topik utama... 

Makanan yang menyebabkan sakit kepala menurut pakar diet Dr. Sunita Dube dari Hospital Aryan di Mumbai, India ialah makanan yang mengandungi tyramine iaitu salah satu jenis asid amino.

Ia bertindak mengurangkan serotonin pada otak dan mempengaruhi saiz saluran darah. Salah satu jenis makanan yang mengandungi tyramine ialah coklat.

Wowww!! Coklat... Sedapnya.

Tanpa disangka... Dalam kesedapannya, ada keburukannya, di mana ia berupaya meransang sakit kepala disebabkan kandungan tyramine di dalamnya.

Tapi ada gak orang yang tak pening selepas makan coklat. Macam mana tu? 

Hurmmm... Menurut sumber yang aku baca, Coklat juga mengandungi kafein dan feniletilamina yang menyebabkan sakit kepala. Tapi, dikatakan ada jugak orang yang tak alah pada kafein dan feniletilamina... Sebab tu mereka tak pening. 

So, pendek kata setiap makanan pasti ada kebaikan dan keburukan. Namun, bersederhanalah dalam segala hal terutamanya ketika menikmati makanan. Jangan melantak sampai tak ingat dunia... Sudah!

Sebab melantak sampai tak hengat dunia tulah yang jadi macam-macam tu... Hehe.

Nanti kita sambung lagi ek!