Hola,

Selamat petang dunia... Seperti biasa, waktu terluang pasti akan aku isikan dengan melayari internet. Malah, antara perkara yang akan aku lakukan ialah sudah semestinya log in Facebook. Kodek-kodek Facebook dan terbaca satu artikel yang menarik aku rasa dan seharusnya dijadikan ikhtibar... Betapa hebatnya kekuasaan Allah mencipta makluk di muka bumi ini termasuklah manusia... Namun, adakah kita menyedarinya?

Hari demi hari kita mendengar tangisan bayi dilahirkan... Ada yang dilahirkan dalam keadaan normal dan juga sebaliknya. Andai berlaku sebaliknya. Adakah kita redha untuk menerimanya...?

Hayatilah gambar-gambar ini untuk kita sama-sama memikirkannya... Lahirnya mereka ke dunia membawa hikmah dan rezeki. Subhanallah!


Amillia Taylor dicatat untuk menjadi bayi terkecil di dunia




Anak kecil ini dilahirkan di Cina pada tanggal 5 November 2008
 Anak ini memiliki 8 jari pada setiap kaki dan tidak ada ibu jari pada kedua tangan.


Gadis bayi (Lakshmi Tatma) lahir di India yang mempunyai
4 kaki dan 4 lengan... Bagaimanakah dia bergerak? Ya Allah! 



Bayi yang dilahirkan di India pada tahun 2001 dan mempunyai ekor... Subhanallah!


Kesimpulannya, Allah itu maha berkuasa untuk mencipta sesuatu... Apabila Allah menyatakan jadi maka jadilah... Subhanallah! Namun, kekadang ada manusia yang jahil... Apabila dikurniakan anak sebegini, mereka beranggapan bahawa anak itu membawa kesusahan dan malapetaka kepada mereka. Tidakkah mereka memikirkan bahawa ciptaan Allah itu adalah secantik-cantik ciptaan. Setiap ciptaan yang Allah turunkan dan kurniakan pasti ada mesej yang tersendiri untuk manusia fikirkan... Hakikatnya, pernah kita memikirkannya?... Tepuk dada, tanya sama hati... Hehe...


Sumber Info : http://unik.supericsun.com/