Hola,

Kali ini Fiza ingin kongsikan beberapa tip bagaimana untuk memilih madu yang berkualiti... Tip ini Fiza perolehi daripada Majalah wanita... Sudah semestinya. Hehe. Lebih kurang seperti dibawahlah yer tipnya setelah dipermudahkan.

Pertama, cara untuk mengetahui adakah madu itu berkualiti atau tidak. Try terbalikkan botol yang berisi madu dan perhatikan. Sekiranya kualiti madu itu rendah, gelembung airnya akan lebih cepat naik... Itu tip yang pertama.


Cara yang kedua pulak... Madu tersebut mestilah kelihatan bersih... Sekiranya masih terdapat serbuk sari, sehingga madu kelihatan berwarna kelabu... Ertinya, kualiti madu tersebut kurang baik...

Kemudian tip  yang ketiga pulak... Lihat pada warna madu tersebut. Warnanya mestilah pekat. Semakin pekat, semakin tinggi kandungan mineralnya...

Hurmmm... Itu antara serba sedikit tip memilih madu yang berkualiti... Diharap dengan perkongsian ilmu yang sedikit ini memberi manfaat kepada semua...

Huhu... Saya suka sangat makan ayam goreng bermadu... Sedap Woo...