Salam semuanya,
Huhu... Walaupun masih dalam mood kegembiraan dan kesedihan.... Selain keluarga dan suami, hanya blog sahaja tempat aku berkongsi cerita.... Hehehe. Orait, Entri aku kali ini berkaitan dengan photo encik abang di atas. Pertama sekali, apakah pendapat anda tentang photo di atas? Apa yang anda fikirkan?...
Ermm... Suamiku Bodoh!... dan apakah kaitannya dengan photo di atas? Huhu... Bagi aku suamiku tak bodoh... hehehe... Sebab dia seorang cikgu... Cis! Riaklah pulak... Astagfirulahalazim...Juzzz Joking, Bagi aku orang sekeliling yang bodoh... Yelah! Pantang melihat suami orang lain turut membantu isteri membuat kerja rumah... Mulalah, jiran-jiran mengata... Queen control lah, suami penakutlah... Macam-macam dilabelkan kepada seorang suami yang ringan tulang membantu isteri membuat kerja rumah.... itulah kaitan photo tersebut dengan entri aku kali ini adakah sang suami bodoh dek kerana menolong isteri atau orang luar yang bodoh. Oppps... Tetapi queen control dan suami takut kepada isteri memang wujud... Betul tak? huhu...
Namun, pada pandangan aku sang suami tak bodoh sebenarnya apabila mengambil keputusan untuk membantu isteri membuat kerja rumah... Untuk mencipta sebuah keluarga yang bahagia... kita seharusnya mengamalkan konsep bekerjasama membuat kerja rumah.... Sang suami seharusnya mempunyai perasaan kasihan terhadap isteri yang mempunyai banyak pekerjaan dalam kehidupan... Betapa hebatnya seorang isteri...
Errmmm... Fikir-fikirkanlah wahai sang suami....
0 Comments
Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.