Salam semuanya,


Pembuangan bayi kian menggerunkan dewasa ini... Kenapa.....? Aku sedih memikirkan remaja kini yang sanggup buat, tapi tak sanggup tanggung. Kalau tak sanggup nak jaga kenapa sanggup berzina sebelum kawin? Kalau dah kemaruk sangat cakap ngan mak ayah "Aku nak Kawiiiiiiiiiiin"... daripada melakukan perkara seperti ini.... Menyedihkan.... Menyakitkan hati!!! 


Waa.... tajuk yang menggerunkan... tapi belum pernah lagi berlaku... Bayi mati hidup semula... Hehehe... Juz joking.... Sebenarnya, persoalan yang ingin aku coretkan ialah kes pembuangan bayi... kenapa semua ini berlaku? Persoalan yang sentiasa berlegar di otakku... Apa salah bayi tu? Bagi aku ini semua berkaitan PILIHAN... Kalau kita tersalah pilih, inilah akibatnya.... Aku ingin berkongsi tentang apa itu pilihan... aku pernah menjadi jurulatih Program Latihan Khidmat negara 2004 hingga 2006, jurulatih pembinaan karektor... Hahaha... siap promote lagi. Cakap memang senang tentang membuat pilihan, tapi susah untuk dilakukan... Ingat... Pilihan akan melahirkan impak yang terlalu komplek... Contohnya:

Pertama, bercinta...
Kemudian, kemaruk bercinta dan boyfriend ajak melakukan perkara yang dilarang Allah... berzinalah jawabnya... Apa pilihan kamu?

Pilihan A : Ya, Aku rela...
Pilihan B : Tidaaaaaaaaaak... sekeras-kerasnya... Wah! kamu seorang yang hebat kalau memilih jalan ini, selamat hidup kamu. 

Kalau kita memilih A, aku rela berzina... Alamatnya, mengandunglah jawabnya... pasti. kemudian, bila perut mula membesar... hidup pun tak terarah... malu dan apabila keluarga tahu. Pasti ibu dan ayah terkejut sehingga ada yang mati dek kerana terlampau terkejut... anda akan disisihkan... Apa terjadi... Ada yang sanggup membunuh diri... Kalau anak tersebut lahir... apa akan jadi pada masa depannya... Ingat, anak tersebut akan menanggung malu... sebab apa... berbinkan Abdullah... Anak haram... Anak luar nikah... kerana terlampau tertekan... anak tersebut akan membunuh diri dengan pelbagai cara... Semuanya berakhir dengan kematian... dek kerana perbuatan terkutuk... 

Errrmm... lihatlah betapa besarnya impak apabila kita membuat pilihan.... Ingat! kita sentiasa mempunyai pilihan. Buatlah pilihan yang terbaik dalam hidup kita.

Renung-renungkan dan Fikir-fikirkanlah lah...