Tersalah Setting, Buruk Padahnya!

Tersalah Setting, Buruk Padahnya!

Dua minggu ni, blog Fiza still under construction. Bila dah under construction, faham-faham jelah... Pastinya tangan gatal nak ubah itu dan ini. Entah! Mungkin Fiza tak perasan ter'klik atau macam mana, akhirnya... Telah membuatkan entri terbaru yang Fiza update lansung tak keluar di feeds atau reading list dashboard blogger. Dah sudah... Ingatkan dah kena block dengan google sebab suka sangat tukar template la kan. Rupanya bukan.

Penyebab entri terbaru tak keluar di feeds atau reading list dashboard blogger dan cara mengatasinya.

Apa yang Fiza hadapi, mungkin secara tak sengaja telah mengubah setting pada Allow blog feed kepada none. Duatigahari jugak baru Fiza perasan yang post terbaru Fiza tak muncul di reading list dashboard.


Tapi bila dah perasan, takdelah gelabah sangat. Cuma, Fiza terus wake-up mencari solusi. Alhamdulillah, bila dah tahu apa puncanya, terus adjust setting... dan Fiza tukar kepada until jump break, barulah post terbaru Fiza muncul di feeds balik. Syukur sangat. Lega... Kalau tak, mahunya tak tidur malam dibuatnya. Hehe. Biasalah... Bila dah sebati dengan dunia blog... Sikit je mistake, confirm risau. Siapa macam Fiza, kita geng. Hehe.

Tula masalahnya bila selalu sangat bertukar template. Nak atau tak, kenalah hadap semua error yang muncul. Nasib baik ada asas html, kalau tak... Malas dah nak hadap. Kan?

Post a Comment

2 Comments

  1. nasib baik, lepas ni kena lebih hati-hati la dan kena pandai usha coding jugak kan..huhu

    ReplyDelete
  2. Sy pun pernah mengalami benda yg sama sbb suka tukar template.. Skrg rasa mcm malas nak tukar haha

    ReplyDelete

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. #budibahasabudayakita