Sinopsis Reside, Filem Seram Thailand

Sinopsis Reside, Filem Seram Thailand 

Weekends last week, Fiza terbaca satu informasi berkaitan filem terbaru yang bakal ditayangkan di Pawagam pada 7 Mac 2019 dalam Mingguan Sarawak... Di mana ia merupakan sebuah filem seram dari negara Thailand yang berjudul Reside. Antara barisan para pelakon yang berlakon dalam filem tersebut adalah seperti Ananda Everingham,  Peeropal Kijreunpiromduk,  Teerawat Mulvilai,  Jarunun Phantachat,  Play Sornarin, Natthaweeranuch Thongmee dan Tarika Tidatid. 

Reside, 7 Mac 2019 di Pawagam
Sumber daripada Hangat.com

Sinopsis Filem Thailand, Reside

Sebuah filem seram yang mengisahkan tentang sekumpulan ajaran sesat Jit Asongkha yang terdiri daripada Madame dan perantisnya Dej,  Prang,  Soy,  Kruea,  Krit dan Nop berkumpul di sebuah rumah yang dijadikan sebagai ibu pejabat untuk melakukan ritual menghidupkan mayat semula. 

Reside

Ketika mengelilingi mayat itu, mereka memuja roh untuk muncul tetapi mereka tiba-tiba mendapati diri mereka perlu menentang roh jahat yang cuba untuk merasuk mereka. Terperangkap dalam rumah akibat ribut petir,  mereka perlu menyelamatkan diri dengan mencari jawapan roh itu mensasarkan tubuh mereka.

Sumber : Mingguan Sarawak

Macam menarik kan.  Biasanya kalau filem seram Fiza lebih suka menonton di rumah jika dibandingkan dengan di pawagam... Tapi, serius lama dah tak layan cerita seram... Begitu jugak nak ke pawagam. Sesekali... Ada jugak kak Alia menyuarakan keinginan untuk ke pawagam. Hurmmm... Bilalah nak bawak dorang ke pawagam ye?

Post a Comment

4 Comments

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. #budibahasabudayakita