Assalamualaikum, hai... 
Ulasan ABPBH Ke-31 Best Ke Tak? | Semalam sempat jugak layan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2018. Berikut adalah keputusan penuhnya. Tahniah buat artis yang menang. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Walaupun keputusan ada yang agak mengejutkan. Tapi, nak buat macam manala kan... Undian majoriti mengatasi segalanya... Lagi pulak, lain orang lain pendapatnya. Betul tak? 

Poster abpbh 2018

SENARAI ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN KALI KE-31
  1. Artis baru lelaki popular - Fendy Bakry
  2. Artis wanita lelaki popular - Farah Nabilah
  3. Penyanyi lelaki popular - Khai Bahar
  4. Penyanyi wanita popular - Wany Hasrita
  5. Pengacara tv populRar - Neelofa
  6. Penyampai radio popular - Haziq Hot fm
  7. Artis komedi popular - Zizan Razak
  8. Artis duo/berkumpulan popular - Syamel & Ernie Zakri
  9. Artis versatil popular - Alif Satar
  10. Pelakon tv wanita popular - Fazura
  11. Pelakon tv lelaki popular - Fattah Amin
  12. Pelakon filem wanita popular - Emma Maembong
  13. Pelakon filem wanita popular - Zul Ariffin
  14. Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat - Noor kumalasari
  15. Bintang Paling Popular - Wany Hasrita

Ulasan :-
Pada Fiza ABPBH kali ni agak kurang menarik. Kenapa Fiza kata begitu. First... Agak terkejut apabila Ajak digandingkan dengan Zara Zya dan Janna Nick sebagai host... Ucapan dorang meleret-leret... Asyik-asyik kaitkan service ucapan birthday Janna Nick je... Tahulah tengah #trending right. But, satu percubaan yang bagus. Kalau tak cuba, kita tak tahu sejauh mana keupayaan kitala kan. Lagipun, tiada siapa yang perfect di dunia ni. Right... Bila ada kekurangan, pastinya the next program... Akan diperbaiki kelemahan tersebut. That why, pendapat umum jugak amat penting untuk diambilkira. Betul tak?

Kemudian, part Ajak makan mee pedas giler tu agak tidak sesuai. Rasa pelik... Tetiba dalam anugerah ada pulak slot makan-makan. Kenapa tak buat iklan macam mc cafe tu... Lagi profesional. Program Anugerah kot. Then, banyak sangat iklan... That why, ada jugak rasa bosannya. Nasib baik ada GV5 di astro ria 104... Boleh tukar sekejap. 

Walaubagaimana pun, dalam tak menarik ada jugak penawar. Suka tengok Fendy Bakry dan Farah Nabilah menang artis baru popular. Sesuai... Dan mereka layak untuk menerimanya. 

Persembahan Datuk Siti Nurhaliza, Ernie Zakri, Sarah dan Misha Omar sangat menarik. Fatah Amin dan isterinya Fazura jugak menjadi perhatian apabila dua-dua dapat anugerah pelakon tv popular. 

Komen dari penonton

Kemudian, untuk anugerah bintang paling popular. Ramai jugak yang tak puas hati dengan pemilihan Wani Hasrita sebagai pemenangnya. 

Tapi... Nak buat macam mana. Semuanya atas undian... Tak dapat nak komen sangatlah kan. 

Apa-apa pun, untuk ABPBH kali ni... Biasa-biasa je. Takde yang menarik sangat. Perasaan nak menonton pun... Takde sangat... 

#abpbh2018

1 Comments

  1. kalau jozan jadi pengacara mungkin meletop kot. hehe ataupun sepahtu.. hehe

    ReplyDelete