Assalamualaikum, hai...

Sinopsis Drama Bersiri Seribu Rindu | Semalam semasa menonton drama Villa Ghazara, ada jugak iklan promo drama terbaru yang bakal menggantikannya... Iaitu drama Seribu rindu.

Sebelum ni, ada je yang update kata drama ni akan ditayangkan selepas drama cinta bukan kristal. Tapi, bukan. Mungkin... Nak bagi sedikit kelainan kot. Asyik cerita cinta segi je kan. So, ganti pulak dengan Villa Ghazara... Sebuah drama yang lebih kepada konflik dalam sebuah keluarga.

Apa-apa pun, berdasarkan laman myinfotaip, drama bersiri seribu rindu bakal mengandingkan Zul Ariffin dan Azira Shafinaz sebagai watak utama. Drama tersebut merupakan terbitan produksi Orangetree Production Sdn Bhd dibawah arahan Zamri Zakaria dan terdiri daripada 28 episod.


Pelakon seribu rindu
Kredit : Myinfotaip
Antara para pelakon yang turut terlibat berlakon dalam drama bersiri seribu rindu nanti adalah seperti berikut :-
  1. Zul Ariffin sebagai Irfan
  2. Azira Shafinaz sebagai Maisara
  3. Mona Allen sebagai Damia
  4. Ku Faridah sebagai Tokma  
  5. Fadlan Hazim sebagai Dr Airel

SINOPSIS DRAMA BERSIRI SERIBU RINDU DI SLOT AKASIA TV3 PADA SEPTEMBER 2018

Berdasarkan sumber, drama akasia seribu rindu mengisahkan tentang percintaan 3 segi antara Zul Ariffin (Irfan), Maisara (Azira Syafinaz) dan Dr. Ariel (Fadlan Hazim).  Irfan merupakan seorang Chef yang sudah lama menyukai Maisara sejak kecil lagi. Kerana, Irfan sering berulang alik belajar memasak bersama Tok Ma yang merupakan nenek kepada Maisara. Namun, sebenarnya kepulangan Maisara ke kampung adalah disebabkan konflik yang berlaku antara dirinya dan Dr. Ariel.

Cinta Maisarah dan Airel, yang telah bersemai sejak zaman universiti lagi terhalang apabila, bapa Airel, Datuk Muiz merancang mahu menyatukan Ariel dan Damia, anak kepada rakan perniagannya. Konflik antara mereka semakin rumit apabila Irfan mengambil keputusan untuk mengahwini Maisara, tetapi Ariel muncul semula demi menagih cinta Maisara. Adakah Maisara menerima cinta Irfan? Apakah tindakan Irfan supaya Maisara menerima cintanya? Atau adakah Ariel menjadi pilihannya. 

So, for those yang meminati Zul Ariffin dan Azira Shafinaz... Jangan ketinggalan untuk melihat kemunculan dorang next two weeks ye... Sebab, tak silap next week... Minggu akhir untuk Villa Ghazara...


Selamat menonton....


#akasiaterbaru

#seriburindu