Assalamu'alaikum, hai...
Cinta bukan kristal | Merupakan drama terbaru yang akan menghiasi slot akasia, menggantikan drama jangan benci cintaku. Memandangkan Jangan benci cintaku masih berbaki 6 episod. Bermakna drama cinta bukan kristal akan mula ditayangkan pada 8 Ogos 2018, semestinya di tv3, setiap hari Isnin hingga Jumaat... Jam 7 malam.

Berdasarkan sumber, drama bersiri cinta bukan kristal menampilkan gandingan Shaanaz Ahmad, Ayda Jebat, Raja Afiq, Nina Iskandar, Nazrief Nazri, Ayu Raudhah dan ramai lagi. Jugak mempunyai 28 episod tayangan... Dan drama kali ni... Bukanlah adaptasi dari novel ok!

Cinta bukan kristal
Kredit : Myinfotaip

WATAK PELAKON DALAM CINTA BUKAN KRISTAL

Sharnaaz Ahmad sebagai Adrian Hilman

Ayda Jebat sebagai Aryana
Nina Iskandar sebagai Sofea Darlina
Raja Afiq sebagai Syafiq
Dayana Roza sebagai Ika
Nazrief Nazri sebagai Faiz
Ayu Raudhah sebagai Mak Su Faridah
Fauziah Nawi sebagai Opah Timah
Farzana Latiff sebagai Danisya
Syed Muhammad Irfan sebagai Hakim
Doria Rachel Jolly sebagai Edrina
Esma Dainal sebagai Dato Manan
Hazman Al-Idrus sebagai Ali
Amanda Misbun sebagai Syira
Bella Nazari sebagai Laila



LAGU TEMA / OST CINTA BUKAN KRISTAL
Sufian Suhaimi - Di Matamu

SINOPSIS CINTA BUKAN KRISTAL

Cinta bukan kristal mengisahkan tentang Aryana, gadis kampung yang bertekad untuk mengubah nasib dirinya untuk mencari seorang lelaki kaya dan baik hati...  Sebagai menyabut cabaran Maksu Faridahnya. 

Aryana mula mencari pekerjaan di Kuala Lumpur dan mengubah penampilan diri 100%. Dia bertemu dengan Adrian Hilman semasa bekerja sebagai setiausaha Dato Manan. Terpikat dengan paras rupa serta kesempurnaan hidup yang dimiliki oleh Adrian Hilman, Aryana tekad untuk mendekati lelaki itu biarpun dia tahu yang Adrian Hilman sudah bekeluarga dan punyai dua cahaya mata. 

Adrian suami yang sangat baik kepada isterinya, Sofea Darlina dan bapa yang penyayang kepada Danisya dan Hakim. Namun, tetap juga tergoda dengan bisikan cinta Aryana,  yang mana akhirnya menduga cinta Adrian terhadap Sofea. 

Sofea dapat menghidu yang suaminya sedang bermain cinta dengan gadis muda. Hancurkah kebahagiaan yang dibina mereka yang dah sekian lama?


Lebih kurang sama je jalan ceritanya dengan drama #Janganbencicintaku. 😷

Perasan tak, lately... Drama tv3 asyik tayang isu keretakkan rumahtangga je. Even, jalan ceritanya berbeza. Macam boleh baca je... plot ceritanya. Hurmmm... Jangan sampai satu hari nanti orang jemu nak menonton sudah...😱

Walaubagaimana pun, Siapa peminat Ayda Jebat dan Shaanaz Ahmad, bolehla save the date. Simple update daripada Fiza untuk malam ni. Good night everyone.

#Dramabersiri
#Slotakasiaterbaru
#Cintabukankristal

1 Comments