Assalamu'alaikum, hai...
Fizacrochet.com - Dulu mak mertua Fiza minum susu Anlene, katanya... Bila membuang mesti sembelit, kekadang najis pun keras. Orang kata... Cuba kurangkan sukatan susu supaya tak susah membuang. Tapi, tetap sama. Mungkin faktor kurang makan buah, sayur dan minum air kosong jugak kot yang membuatkan timbulnya masalah sembelit.


Feedback pengamal susu Ensure

One day, Fiza cadangkan dia minum susu Ensure. Tak sangka pulak dia terima cadangan Fiza. Setelah 4 bulan minum susu Ensure 2 kali dalam sehari. Alhamdulillah, balik bercuti kali ni... katanya senang nak membuang. Gastrik pun kurang... Cuma nafsu makan je kekadang hilang. Biasalah, bila usia dah senja... Kekadang rasa nak makan tu kurang. 

Apa yang dia buat sekarang... Selalu makan, tapi dalam kuantiti yang sedikit. Nak buat macam mana, kekadang makan pun... Boleh 'sendat'. Mungkin faktor tersebut kot menyebabkan dia kurang bernafsu nak makan.

HARGA SETIN SUSU ENSURE 850G DAN KEBAIKANNYA

Oh! Ya, bercakap pasal susu Ensure. Mak mertua Fiza minum susu Ensure perisa vanila... 1 tin, 850gram dijual dengan harga RM84... Dan antara kebaikan yang terkandung di dalam susu Ensure adalah... Pertama, Perut pun makin lama makin ok. Kuatkan imune dalam badan, kuatkan tulang tulang kita dan baik untuk penghadaman. Susu tersebut didatangkan dengan 2 perisa iaitu Vanila dan coklat. If korang nak beli... Rasanya ada je di jual di supermarket atau mall... Tak pun di farmacy, watson atau di Gardian. Kalau di Samarahan, Kuching... Encik suami beli di H&L Aiman Mall.

Cara minum pun senang, sebab dalam tin dah ada sudu. Setiap pagi Minum 150ml air... Then bubuh 6 sudu susu ENSURE. Goncang² dan minum! Mak mertua kata sangat sedap. Harga pun berpatutan.


Kenapa Fiza recommend sangat? sebab susu tersebut sedap, tak berbau, bau pun bau vanila, sesuai untuk lelaki dan perempuan, Cara nak menyediakannya pun senang. Mengenyangkan lagi. Sesuai untuk orang² yang tak suka makan pagi.

Sekian, sedikit review daripada Fiza mengenai susu Ensure... Berdasarkan pendapat mak mertua Fiza sendiri.

2 Comments