Assalamualaikum, hai...
Sarapan Pagi Dengan Bihun Simple Tapi Sedap | Alhamdulillah, rezeki pagi tadi untuk bento encik suami dan kak Alia... Bihun simple bubuh ayam je pun. Tapi, itulah bihun kegemaran encik suami. Sedap dalam erti kata... Memenuhi citarasa encik suami dan anak-anak. Setakat ni, Fiza masih mampu sediakan bento setiap hari untuk dorang... Syukur Alhamdulillah.


Bihun goreng mudah dan simple

Seperti biasa, bila buat sesuatu menu... Resepinya akan disemadikan di blog sebagai penambah entri resepi. Kaum ibu mana mungkin berblog tanpa selit entri masak memasak kan!... Walaupun, pada dasarnya... Ada yang asyik merendah diri kata tak reti memasak... Satu atau dua resepi pasti ada. Betul tak?

RESEPI BIHUN GORENG SIMPLE UNTUK SUAMI DAN ANAK

Nak buat menu simple seperti Fiza ni, bahan yang kena ada... Adalah seperti berikut :-
  1. Bihun satu bungkus
  2. 3 ulas bawang putih
  3. 2 ulas bawang merah
  4. Isi ayam yang telah dihiris halus
  5. Sos cili
  6. Sos tiram
  7. Sayur lobak
  8. 2 biji cili
  9. 2 sudu minyak
  10. Kicap
Manakala, langkah demi langkah untuk menyediakan bihun goreng adalah seperti berikut :-
  1. Rendam bihun mengikut step yang tertera di bungkusan... Sebab kekadang ada jenis bihun tak boleh direndam terus di dalam air panas. Kemudian, potong menggunakan gunting dan toskan. Tujuan memotong bihun adalah memudahkan anak-anak untuk makan. Nanti takdelah tercekek.
  2. Kemudian, tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili. Panaskan kuali dan tumiskan ke semua bahan. Bila dah naik bau, masukkan ayam, sos tiram, sos cili dan kicap.
  3. Setelah itu, masukkan sayur lobak dan bihun... Gaul sehingga masak.
Simple bukan. Selamat mencuba. Have a nice day.

2 Comments