Assalamu'alaikum, hai... 
Jemput-Jemput Pisang Untuk Minum Petang | Sebelum waktu Asar, encik suami meminta Fiza untuk masakkan sesuatu buat juadah minum petang kami sefamili. Memandangkan pisang embun masih berbaki empat biji di dapur... Terfikir pulak nak masakkan  jemput-jemput pisang je. Alhamdulillah, rezeki minum petang yang cukup disukai Anak-anak. 

Kalau anak jenis yang tak suka makan buah... Dengan cara membuat jemput-jemput juga boleh menggalakkan anak-anak supaya cuba untuk memakan buah. Tapi kan... Ada jugak yang terlebih bijak... Dia pergi pilih campuran bahan yang kita buat. Yang tu... Memang payahla... 

Jemput-jemput pisang

Lepas minum petang, kami pergi ke laman rumah. Hanya di situ jela tempat bermain Alia dan Ain buat masa ni. Entahlah! Semenjak penularan penyakit hfmd... Fiza jadi takut nak bawak anak-anak ke tempat-tempat awam seperti tempat membeli belah,  taman permainan dan sebagainya. 

Al-maklumlah, Seperti yang kita tahu...  Tak semua ibubapa di Malaysia ni prihatin terhadap persekitaran... Terutamanya bagi mereka yang jenis tak ambik kisah... Main ikut suka dia je bawak anak yang ada hfmd ke tempat-tempat awam. Kesannya, ia berjangkit dengan orang lain. 

Jadi... Sebelum terkena, baik elak. Tapi pelikkan... Orang yang sihat pulak yang terpaksa mengelak.  Betul tak? 

#Jemputjemputpisang

1 Comments