DIA YANG MENULIS

Cucur Cempedak Lemak Manis Secukup Rasa!


Assalamu'alaikum, hai...
Fizacrochet.com - Cucur cempedak untuk minum petang. Dah jadi kebiasaan, selagi musim tak habis... Selagi tula pulun membeli. Kekadang, ada jugak jiran bagi. Apalagi... Petang², encik suami pasti request nakkan cucur cempedak untuk minum petang.

Cucur cempedak sedap

Nak cucur cempedak sedap lemak berkrim, rahsia arwah nenek... Kena bubuh ½ sudu teh gula dan secubit garam dalam adunan tepung... Barulah cucur cempedak sesedang rasa manis berlemak.

Kebetulan adik Fiza yang masih belajar di Unimas tak balik beraya tahun ni... So, jemputla dia makan² di rumah mertua Fiza. Kena jemput awal, sebab Jumaat nanti dia dah fly ke KL... Katanya dorang master ada program di KL, that why tak dapat nak balik. Mengenangkan musim buah, dia pun sibuk... Terfikir pulak Fiza nak buatkan cucur cempedak... Alhamdulillah, kemain suka dia makan...

Kemudian, dalam jam 5 petang... Kami empat beranak pun hantar dia balik ke rumah sewa. Katanya, banyak lagi kerja dia tak siap. Lepas hantar adik, menyempat pulak singgah di kedai Ninso Samarahan untuk kali yang kedua. Allahu akhbar, kemain ligat lagi Alia dan Ain memborong mainan... Setiap sorang dapat dua jenis mainan pulak tu. Entah! Tetiba encik suami bagi kebebasan untuk dorang membeli. Sekali dalam sejarah woii... Naik hairan jugak Fiza. Haha... Selalu ayat power dia "Nanti ye nak kita beli, bila duit tabung dah penuh"... Mungkin disebabkan jarang nak melunasi kehendak dorang kot... Kali ni encik suami bagi kebebasan. Lagipun, empat jenis mainan... Harga baru RM10... So, mungkin tu jugak membuatkan encik suami tak kisah sangat. Haha...

Kedai Ninso Samarahan

Selain kedai DIY, kedai Ninso adalah kedai kedua berhantu untuk encik suami... Ada saja benda yang dia borong untuk kelas tau. Sabar jelah... Fiza pulak, dek kerana rambang mata... Sampai balik tak jumpa barang yang diminati. Huhu...

Bila dah dapat mainan, cepat² kak Alia dan Ain ajak balik pulak. Budak... Bila dah dapat mainan, belum sampai rumah pun... Habis semuanya dibukak dalam kereta. Hurmmm... Sabar jelah. Tu jela mampu diucap... Nak marah pun tak guna. Kan?

Demikianlah antara aktiviti raya haji kami di rumah mak mertua. In Shaa Allah, next year punya raya haji... Kita update lagi di lain entri.

Wallahu'alam...

Salam aidiladha semua.

Post a Comment

4 Comments

  1. Replies
    1. Kan pakcik WP. Rugi lepaskan peluang sementara musim masih ada. Hehe....

      Delete
  2. sedapnya cempedak,tapi tu la..nieyl xleh makan sgt sbb nanti angin badan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. O yeke Nieyl. Daripada sakit, better elakkan kan.

      Delete