Assalamu'alaikum, hai...
Berjumpa Di Tempat Sunyi, Buruk Padahnya! | Itulah yang dapat dirumuskan untuk episod 1, drama bersiri cinta bukan kristal. Korang tengok tak episod 1?

Tak dapat tengok live di tv, boleh je record... Tak pun tengok di tonton atau carik kat youtube. So far, Fiza dah tengok dah untuk episod 1. Tengok pun sebab Fiza peminat Ayu Raudah... Adik kepada Rozita Che Wan. Lama dah tak tengok dia berlakon. 

Dalam drama cinta bukan kristal, Ayu Raudah membawa watak Mak Su Faridah... Iaitu Mak Su kepada Aryana.


SINOPSIS EPISOD 1 CINTA BUKAN KRISTAL

Episod 1 bermula dengan kisah Aryana dan Syafiq dijumpai oleh orang kampung berdua-duan di sungai. Walaupun mereka takde buat apa-apa, tapi berdua tanpa ada orang lain... Akhirnya membawa padah... Mereka dibawa berjumpa dengan ketua kampung... Iaitu ayah kepada Syafiq.


Sinopsis episod 1

Di satu scene yang lain, pengenalan watak Adrian juga di tayangkan. Betapa bahagianya dia dan Sofea, dengan hadirnya dua cahaya mata. Masing-masing sibuk dengan kerjaya.


Kisah Adrian dan Aryana

Namun, berbalik kepada kisah Aryana.

Disebabkan kejadian dia ditangkap berdua dengan Syafiq, Aryana dimarahi oleh Mak sunya... Dia sangat tak suka Aryana berkawan dengan Syafiq. Baginya, Syafiq tiada masa depan. Syafiq pulak... Menganggap harta ayahnya sudah cukup untuk menampung kehidupan dia. Dek kerana tidak menyukai Syafiq, Mak su Faridah mencadangkan supaya Aryana pindah ke Kuala Lumpur... Untuk mencari pekerjaan dan dapatkan suami yang kaya dan baik hati.

Mulanya, Aryana tidak bersetuju dan mahu tinggal terus di kampungnya untuk menjaga Mak su dan Opahnya. Namun, Mak su Faridah tetap dengan pendiriannya. Nak atau tak... Aryana terpaksa akur dengan keputusan maksunya... Walaupun, pada hakikatnya... Dia tak nak lansung berjauhan dengan opahnya... 

Pindah atau tak... Semuanya akan bersambung di episod 2 Ok. So far... Not bad la ceritanya. Biasalah episod 1... Mestilah pengenalan kepada pelakon dan watak yang mereka bawak. Selain tu, episod 1 jugak akan memperlihatkan apakah masalah yang timbul... Sehingga akhirnya mengheret penonton untuk menonton dari satu episod ke satu episod yang seterusnya.

In Shaa Allah, ada masa nanti... Akan Fiza kongsikan cerita mengenai sambungan episod 2 cinta bukan kristal.

Wassalam...

#AkasiaTerbaru
#Cintabukankristal

1 Comments

  1. Zumal tengok juga, maybe lepas ni melekat kat tv la...

    ReplyDelete