Assalamu'alaikum, hai...
Bagaimana Cara Untuk Terus Kekal Dalam Dunia Blog? | Alhamdulillah, sekali lagi Fiza berpeluang untuk mengemaskini blog dengan tajuk cerita yang berbeza. Seperti mana yang kita ketahui, dunia blogging kini seperti cendawan tumbuh selepas hujan... Tua atau muda, perempuan atau lelaki... Semuanya berlumba-lumba hendak memiliki blog kepunyaan sendiri. Kenapa? Mungkin disebabkan duit... Ataupun memang berminat nak menulis. Tepuk dada, tanya selera.

Faktor utama untuk kekal dalam dunia blog

Apa pun tujuan asal kita membuat blog, pernah tak terfikir... Mampukah nanti kita bertahan dalam dunia menulis blog? 

3 TIP UNTUK TERUS KEKAL DALAM DUNIA BLOG

Alhamdulillah, setelah 8 tahun menulis blog... Tak pernah lagi rasa putus asa... Yang hanya ada... Adalah keseronokkan menulis, walaupun hakikatnya... Kekadang ada masa ketandusan idea... Kekadang pageviews jatuh merudum. Namun, itu semua tidak mematahkan semangat Fiza untuk berhenti daripada menulis blog. 

Oleh yang demikian, pada kesempatan ini... Fiza juga ingin berkongsi, 3 tips agar terus kekal dalam dunia blog. Antaranya ialah :-

#1. Minat menguasai segalanya.
Apabila kita meminati sesuatu pekerjaan, pastinya setiap apa yang kita buat... Akan membuatkan kita berasa gembira. Malah akan melakukannya dengan sukarela dan bukannya kerana terpaksa. Bila kita minat menulis blog, automatik... Setiap hari kita akan  cuba mencari idea untuk dikongsikan tanpa perlu rasa terpaksa. Tak update sehari, boleh huru-hara jiwa dibuatnya. Jadi, minat kena ada... Kalau hendak terus kekal di dalam dunia blog.

#2. Matlamat yang jelas.
Point yang kedua pula mengenai matlamat. Kena ada matlamat, barulah keazaman untuk sentiasa rajin update blog itu sentiasa ada. Bohong la... Kalau takde rasa malas nak update. Tapi ia akan jadi bersifat sementara apabila kita memikirkan matlamat utama kita menulis blog... Lebih-lebih lagi bagi yang dah berjaya menghasilkan pendapatan melalui blog. Confirm! Sentiasa bersemangat nak menulis... Kan? Betul tak?

#3. Jaga hubungan dengan blogger yang lain.
Tip ketiga juga penting. Kita kena jaga hubungan kita dengan blogger lain. Kesannya... Tiap kali ada jobs, giveways atau ada masalah tentang blog... Tak mustahil rakan blogger akan sudi membantu kita. Fiza sendiri pernah tau... Ada kemusykilan tentang satu jobs ni... Kerja simple, tapi upahnya lumayan. Haippp! Macam scammer je. Tapi, bila Fiza tanya rakan blogger yang lain. Sumpah! Job tersebut tak tipu dan akhirnya Fiza dapat bayaran untuk job tersebut. So, jangan ingat rakan blogger tak membantu yer. That why pentingnya kita kena selalu singgah blog rakan² blogger yang lain... Agar ukhwah antara umat sentiasa terjalin. Cuma tula... Dalam beberapa minggu ni, Fiza jarang blogwalking... Banyak hutang weii... Apa² pun, ada masa nanti... Fiza tetap akan ambik masa untuk blogwalking. Sabar ye... 

Fiza rasa... 3 tips ni la yang paling penting untuk kita terus kekal dalam dunia blog. Minat, Matlamat dan Membina hubungan sesama blogger... In Shaa Allah, tak kan rasa jemu untuk update blog hari-hari.

Semoga ia bermanfaat buat semua. Selamat berhujung minggu semua.

3 Comments

  1. Nice tip no 3 tu btl wlpun x update blog.. hubungan dgn rakan blogger kat ig fb ttp tjaga..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas perkongsian Fiza, rasa bersemangat la balik nak terus menulis. Hehe...

    ReplyDelete
  3. Untuk suka2 aje, mengisi masa terluang

    ReplyDelete