Minum petang dengan cucur 5 bahan

Assalamu'alaikum, hai... 
Minum petang dengan cucur 5 bahan | Petang ni seperti orang mengidam... Teringin nak makan cucur campur jagung fresh. Hehe... Nasib baik, sekarang musim jagung fresh. Bolehla kan... Apalagi, encik suamilah jadi mangsa belikan bahan untuk Fiza. Takde jagung fresh, bolehla gantikan dengan jagung dalam tin. 

Cucur 5 bahan

RESEPI MUDAH CUCUR 5 BAHAN
Antara bahan yang diperlukan... 
Tepung gandum
Cili
Ikan bilis
Meggie secukup rasa
Jagung

Sikit kan bahannya. Nak menyediakan adunannya pulak. Pertama sekali, buang tulang ikan bilis dan tumbuk bersama cili. Masukkan semua bahan dalam bekas dan masukkan air untuk bancuhan. Dah siap bolehlah digoreng dengan api sederhana. Sangat mudah. Cicah pulak dengan sos cili meggie... Apalagi 500gram tepung licin... Alia dan Ain pun suka. Alhamdulillah... Rezeki petang yang amat bermakna buat kami. Kena bersyukur dengan apa yang ada... Janji, perut berisi... Kan? 

Di saat entri ni disiarkan... Kami dah pun selesai minum petang... Bawak pulak anak-anak main di laman rumah. Begitulah antara rutin weekend kami. Lebih suka duduk rumah daripada keluar... Korang? Macam mana? 

Apa-apa pun, terima kasih buat mereka yang sudi singgah sini. In shaa Allah, malam nanti Fiza balas semua kunjungan. Hurmmm... Banyak betoi hutang blogwalking Fiza sekarang ni...


Minum petang dengan cucur 5 bahan Minum petang dengan cucur 5 bahan Reviewed by fiza linolie on May 06, 2018 Rating: 5

No comments: