Assalamu'alaikum, hai...
Sinopsis episod 5 dan 6 Mr.Grey | Dua hari berturut-turut, Fiza tak sempat tengok on time. Maka... Dua hari berturut-turut jugaklah Fiza layan ulangan Mr. Grey jam 10 pagi. So, pagi tadi lepas semua kerja rumah siap... Fiza ajak Ain menonton tv. Before menonton, sempat jugak buatkan susu untuk Ain. Jadi amanla sikit menonton. So, sinopsis kali ni adalah gabungan dua episod.

Sambungan episod 4 last week, Nisa kena hon dengan seseorang. Seperti yang dah dijangka... Orang tu adalah Mr.Grey. Fuh! Kemain lagi Nisa maki... Alih-alih bila dia mendekati kereta... Barulah Nisa diam dan cepat-cepat masuk kereta bila Mr.Grey suruh. Dalam kereta... Dia sambung lagi membebel... Haha. Hidup sungguh watak Nisa dalam cerita ni tau...


Nisa Ardina ke Ipoh
Kredit Gambar : Google image

Sampai di side. Nisa temankan Mr.Grey melawat tapak projek. Kemudian, mereka keluar minum bersama sebelum balik. Di rumah belah subuh, Mak Nisa Call... Semata-mata nak ucapan selamat harijadi. Then, seperti biasa... Nisa akan pergi kerja.


Mr. Grey di puncak angkasa
Kredit Gambar : Google image

Di pejabat Puncak Angkasa, Nisa masuk pantri... Adalah staff bagi nasi goreng butter prawn Mr.Grey yang masak. Kemain selera Nisa makan. Alih-alih masuk bilik dia bagi 9 out of 10. Apalagi, Mr.Grey cabar dia pulak untuk masak. Nisa yang pantang dicabar... Terus menyahut cabaran Mr.Grey.

Kemudian, Nisa keluar... Ilham pulak call... Jugak nak ucapkan happy birthday pada Nisa. Namun, dia tak berkesempatan sangat nak berbual panjang... Sebabnya Mr.Grey ajak Nisa keluar temankan dia keluar meeting dan photoshoot.

Lepas habis meeting, dorang terus pergi photoshoot untuk majalah maskulin. Kemain Nisa ajar macam mana nak posing... Dalan dok sibuk tetiba Nisa lapar, masa nak keluar makan... Dia ternampak Mr.Red berbual dengan penulis di bangunan tersebut. Apalagi Nisa cuba untuk menyiasat dan dia buat-buat terlanggar dengan orang tersebut. So, tahu jugaklah si Nisa dengan tujuan Mr.Red datang situ. Apalagi, dia pun bagitau perkara yang sebenar. Lepas tu, dia bagitau Mr.Grey hal tersebut.

Perjalanan kisah kerja Nisa seperti biasa... Part Mr. Grey usik dia memang ada setiap kali dorang jumpa.

Suatu hari, kononnya Mira datang office Mr.Grey... Apalagi, dia siap berlakon sayang bagai kat Mira... Saja ja nak usik Nisa. Malas nak ganggu dia keluar makan dengan Kak Ton. Bila dah pergi makan... Mesti banyak gosip sampai kan Nisa bagitau Mr. Grey ada girlfriend bernama Mira... Apalagi, staff lain menyibuk nak tahu cerita... Sampaikan Nadin pun turut mendengar. Bila dia dengar... Dia pun bagitau Mr.Red... Dorang pun merancang sesuatu untuk jatuhkan Mr.Grey.


Nisa dan Mr. Grey
Kredit Gambar : Google image

Balik office, Nisa bawakkan nasi goreng butter prawn buat Mr. Grey. Dalam masa yang sama atuk Mr. Grey dapat panggilan mengatakan projek dorang ada problem. Apalagi atuk dia pun serbu Mr.Grey untuk dapatkan kepastian. Dalam masa yang sama Nisa diarah untuk cari fail tentang projek di Rawang dalam bilik fail.

Masa Nisa cari fail, tetiba blackout dan Nisa terperangkap. Tiba-tiba Nisa pengsan. Mr. Grey datang menyelamat... Habis staff kena marah... Bila di bilik, Mr.Grey check pernafasan Nisa. Semuanya ok. Sebelum keluar, Nisa sempat soal Mr.Grey pasal cpr. Adakah dia buat cpr kat Nisa... Kenakalan Mr.Grey membuatkan Nisa berfikir sampai ke malam.... Sampaikan Mr. Grey call pun dia tak layan sangat. Haha... Episod 6 tamat di situ...

1 Comments