DIA YANG MENULIS

Cekodok kacang panjang?

Assalamu'alaikum, hai... 
Cekodok kacang panjang? | Syukur dengan rezeki yang ada. Alhamdulillah, selain siapkan lauk pauk untuk bento encik suami dan anak... Terfikir pulak Fiza nak buat cekodok. Lama rasanya tak breakfast dengan cekodok. Tetiba terbayang minum teh kosong panas bersama cekodok. Subhanallah... Nikmatnya Allah sahaja yang tahu, walaupun ia bukanlah menu bertaraf five stars. Haha... 

Bila dah terbayang-bayang tu, faham-faham jela... Bukak peti sejuk... Carik apa bahan yang patut. Zurppp... Maka terhasil la cekodok kacang panjang. For those yang punyai anak agak cerewet nak makan sayur... Ini adalah caranya nak bagi anak makan sayur. Campur dalam cekodok pun boleh... 

Cekodok kacang panjang

KHASIAT KACANG PANJANG

Actually, banyak sebenarnya khasiat yang terdapat pada kacang panjang... antaranya :-
  1. Kacang panjang amat berkhasiat untuk merawat reumatik, arthritis dan gangguan saluran kencing. Ia juga berkhasiat untuk menjaga kulit dari gangguan jerawat, membantu pemulihan luka bakar, gangguan ginjal dan gatal-gatal.
  2. Kacang panjang juga berguna untuk mengendalikan kadar gula darah, mengatasi hipertensi, memperkecil risiko strok dn serangan jantung, meningkatkan fungsi organ pencernaan, dan mengatasi sembelit.
  3. Kacang panjang yang memiliki sifat antikanser dapat membantu mencegah kanser payudara dan kanser darah.
Sumber : Mingguan Wanita

RESEPI CEKODOK KACANG PANJANG

Walaupun cekodok ni simple, nak jugak kongsikan resepinya di sini... Ok, antara bahan yang diperlukan :-

Tepung
Air kosong untuk bancuh
Kacang panjang
Ikan bilis
Cili
Maggie secukup rasa
Bawang merah

LANGKAH PENYEDIAAN DAN CARA MEMBUAT CEKODOK KACANG PANJANG

Bila bahan semua dah ada, berikut adalah cara membuatnya pulak... 
  1. Pertama, sukatan bahan tu terpulang berapa banyak nak bersesuaian dengan bilangan ahli keluarga yang makan. 
  2. Kedua, potong kacang panjang halus. 
  3. Kisarkan ikan bilis, bawang dan cili. 
  4. Bancuhkan kesemua bahan dan goreng. 

Sangat mudah kan... Alhamdulillah, yang penting Alia dan encik suami kenyang sebelum ke sekolah. Breakfast penting... Jangan skip okeh. 

For those yang nak share resepi ni. No problem... Boleh je copy. 

Orait... Have a nice day 😊

Korang breakfast apa harini? 

Post a Comment

2 Comments

  1. Ni first time zumal dengar pasal cekodok kacang panjang, nak try laa

    ReplyDelete
  2. Macam unik je la pulak cekodok kacang panjang ni kak. Hehe
    Tapi kalau kita buat, ank tetap korek keluarkan.

    ReplyDelete