Assalamu'alaikum, hai...
Review Buku Jom Belajar Iqra` | Alhamdulillah, sebenarnya dah lama encik suami belikan buku Jom Belajar Iqra`. Tapi lupa nak review dengan detail. Baru-baru ni ada seorang ibu PM Fiza di blog dan intagram bertanyakan mengenai brand buku Jom Belajar Iqra' yang pernah Fiza bagitau di entri sebelumnya DI SINI, tapi masa tu... Entri Fiza tak detail sangat. 


Jadi, untuk makluman semua... Buku Jom Belajar Iqra` tersebut beharga RM29.90, eksklusif... Boleh didapati di popular bookstore. Buku ini juga diterbitankan oleh Darul Mughni Trading dan diedarkan oleh Edukid Distributors Sdn. Bhd. Setiap pembelian akan diberi percuma CD Interaktif, kad imbas dan jugak sebuah buku latihan.

Actually, buku Jom belajar Iqra` adalah sebuah buku yang amat menarik... Di mana, ia didatangkan khas dengan ilustrasi yang bewarna-warni... Secara tidak lansung, ia mampu menarik minat anak-anak untuk membaca dan menulis Al-Quran sambil mengenali Asmaul Husna. 

Terbaru,menarik,jom,belajar,iqra

Dibahagikan kepada tiga bahagian ataupun peringkat. Iaitu :-

  1. Bahagian pertama, ia lebih menjurus kepada mengenali huruf dan tanda bacaan.
  2. Bahagian kedua pulak, ia membantu anak- anak untuk mengeja dan membaca dengan lancar.
  3. Terakhir sekali, bahagian ketiga iaitu bahagian yang menyediakan bahan untuk anak-anak membaca dengan tajwid yang betul.

Kemudian, selain membaca dan menulis... Anak-anak boleh menggunakan kad imbas untuk bermain. Kad imbasnya mempunyai dua sisi yang bercetak depan belakang. Muka hadapan bercetak huruf arab dan muka belakang pulak Asmaul Husna. Selain itu, kad tersebut juga mengandungi tanda baca.

Cara penggunaan kad imbasnya pulak, adalah seperti berikut :-

  1. Kad imbas boleh digunakan berdasarkan penguasaan huruf oleh anak-anak. Anak boleh memilih kad berdasarkan sebutan atau menyebut huruf selepas memilih kad.
  2. Kad imbas huruf boleh dipadankan dengan tanda baca. Anak-anak boleh menyebut bunyi berdasarkan padanan yang telah dibuat.
  3. Mengajak anak-anak menyebut Asmaul Husna berdasarkan pilihan huruf.
  4. Anak-anak boleh melakukan sendiri padanan huruf dan tanda baca. Kemudian, sebut bunyinya berdasarkan padanan tadi.

Sangat menarik kan... Tapi sayang cdnya dah patah.😭😭😭

Jika ada yang berminat, bolehlah menghubungi bahagian pemasaran edukidbooks. Maklumat ni Fiza dapat pada kulit buku.

Haji Rasul Mohd & Edukid Sales Team
Pesanan/Pertanyaan : 019-3108521
Email : edukidbk@edukidbooks.com
edukidbooks@gmail.com


0 Comments