Snowcap kait untuk bayi perempuan, saiz 6-12 bulan

Assalamu'alaikum, hai... 
Snowcap kait untuk bayi perempuan, saiz 6-12 bulan | Alhamdulillah, Jumaat dapat tempahan topi kait untuk baby girl stail mickey mouse dan snowcap ribbon. Katanya, nak guna masa family day esok... Khamis 14 February. Haritu jugak dia buat payment. Kebiasaannya, itulah terma dan syarat yang perlu dipatuhi bila nak buat tempahan... Order, then buat payment... Lastly, Fiza akan book tarikh bila akan post out. Alhamdulillah, setakat ni semuanya pos on time... Cumanya bila ada banyak tempahan, maybe akan lewat. Tapi, lewat pun sehari je dari tarikh yang telah ditetapkan. 



I'm trusted seller ok 😂

Alhamdulillah, Isnin pos... Harini customer dah dapat. Syukur sangat-sangat kerana dapat memenuhi permintaan pelanggan. Customer happy, Fiza lagi happy. Hehe... Fiza buat bisnes bukan nak untung sangat... Sebab ia adalah hobi, bila tempahan masuk... Itu adalah rezeki. That why, kekadang bila ada customer buat tempahan melebihi dua item, In Shaa Allah akan ada free gift Fiza bagi. Begitu jugak yang baru bergelar ibu... In Shaa Allah, dapat jugak free gift bila buat tempahan dengan Fiza. 😄

Sambil buat blog, sambil tu jugak mengait... So, bila anak-anak dah ke sekolah... Takdelah bosan sangat. 

Orait, Fiza rasa nak stop dulu menaip... Nanti, In Shaa Allah... Ada masa, Fiza akan kembali lagi. Nak sambung balik mengait. 😄

Wassalam. Terima kasih ye singgah sini. Tanpa korang, blog Fiza pasti sunyi. 


Snowcap kait untuk bayi perempuan, saiz 6-12 bulan Snowcap kait untuk bayi perempuan, saiz 6-12 bulan Reviewed by fiza linolie on February 14, 2018 Rating: 5

1 comment: