Assalamu'alaikum, hai...
Semalam tetiba teringin nak makan keropok lekor versi Terengganu. Apalagi... Orang tak reti memasak seperti aku, pasti akan mencari resepi paling mudah untuk keropok lekor di internet. Jumpalah satu resepi ni. Tapi... Malangnya, aku lupa nak save urlnya. Resepinya sangat mudah...

Hanya menggunakan 12 ekor ikan kembung, air, garam dan 1 gelas tepung sagu. Disebabkan takut tak menjadi... Almaklumlah... First time buat. Jadinya aku potong semua bahan jadi setengah.

Cara membuatnya pun simple je. Selepas ikan dikisar. Bancuh dengan tepung sagu, garam dan air. Lepas tu gulung dan celur dalam air yang mendidih. 

Dah siap!


Siap je... Dah sejuk. Terus potong dan goreng. Alhamdulillah... Dah selamat masuk dalam perut dah. Haha... Hubby pun kata boleh tahan. Cuma... Rasanya kurang ummphhh la. Biasalah first time buat. Nanti boleh try buat lagi. Ye tak?