12 May 2019

Pendapat Peribadi Tentang Nescafe Rose Latte Edisi Terhad

Nescafe Rose Latte Limited Edition

7 Ramadan dah, baru harini berkesempatan untuk mengemaskini blog balik.

Macam mana puasa? Ok Tak?

Fiza, Alhamdulillah... Still berpuasa walaupun cuaca amat menduga. In Shaa Allah, selagi diberi kesihatan yang mengizinkan... Kita akan berpuasa selagi termampu.

Pendapat peribadi tentang nescafe rose latte edisi terhad

Harga Nescafe Rose Latte Edisi Terhad Setin

Berbalik kepada entri kali ni, Fiza sekadar ingin berkongsi pendapat peribadi mengenai satu produk minuman iaitu sejenis minuman kopi susu perisa ros.

Fiza tiap kali ada keluaran terbaru Nescafe, tak sah kalau tak mencuba. Benda limited edition kan... Sebagai blogger sah² la akan mencuba bila mana ada rakan lain yang buat review.

Ok, untuk harga setin... Ia dijual dengan harga RM2.40. Kalau di kawasan Betong, Sarawak... Ia boleh di beli di kedai Doremon.

Kemudian, ia jugak boleh didapati di kedai 7E, supermarket dan Petronas. Tu berdasarkan informasi yang rakan blogger kongsikan di dalam entri review dorang.

Sedap Tak Nescafe Rose Latte Edisi Terhad?

Untuk pengetahuan korang, berdasarkan apa yang Fiza rasa... Nescafe Rose Latte terasa seperti campuran perisa rose dengan kopi susu. Dapat bayangkan tak?

Seperti dua minuman di bawah dicampur. Begitulah rasanya.


Secara jujurnya, Fiza memang tak suka akan rasanya. Tak masuk anak tekak. Huhu...

Apa-apa pun itu pendapat Fiza. Lain orang, lain citarasanya kan. Nasib baik beli setin je. Kalau tak, memang membazir.

Sekarang ni Fiza tak pasti masih ke tak produk ni di pasaran. Fiza beli pun bulan lepas.

Tapi, baru harini berkesempatan untuk berkongsi pendapat. Sabar jelah ye.

Hehehe...

16 comments:

  1. Huhu...Nama campuran tu pun buat fikir 2x nk rase or tak..huhu

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Tula... Memang pelik rasanya. Bagi Fizala... Tak masuk anak tekak...

      Delete
  3. ray selalu excited bila tgk package dye cntik gila haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fiza pun sama. Selalu tergoda tengok pembungkusan sesuatu produk.

      Delete
    2. kannn lepastu beli. kdg2 ray minum sikit je pastu suruh org yg habiskan and i'll keep the tin hehe

      Delete
  4. Tak pernah try lagi. Macam xnak je try. Haha. Tapi tin dia lawa kan kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la.. Bila tin lawa, mulalah nak merasa. Haha...

      Delete
  5. Tak pernah lagi nampak orang gabungkan kopi dan sirap ros😅. Sekarang ni macam trend untuk keluarkan minuman dengan perisa limited edition.

    ReplyDelete
  6. kak rasa tekak pun macam takleh nak terima jugak la. sebab otak pun tak dapat nak proses ni camna hasilnya kopi susu + sirap rose. hahahaha

    ReplyDelete
  7. nyaman na rupa aek ya tghari tok eh. haha

    ReplyDelete
  8. pernah cuba..tak terfikir lak ada rasa rose + kopi susu...lepas ni kena rasa lagi la..

    ReplyDelete
  9. Kmk x minum nescafe or kopi.. hehehe... tp nangga nama pun mst x kena jak rasanya bah

    ReplyDelete
  10. kena minum kopi masa sahur utk mengurangkan rasa mengantuk di sekolah.

    ReplyDelete
  11. Kombinasi rasa yang 'interesting'..cheq suka kopi, bolehlah nanti nak try tengok kena ka tidak dengan selera cheq ni 🧐

    ReplyDelete

Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. #budibahasabudayakita

fizalinolie@gmail.com