Assalamualaikum, hai...
Fungsi 'Air Dry' Pada Mesin Basuh LG Turbo Drum | Duatiga hari kebelakangan ni... Cuaca asyik hujan je. Kesannya, banyak pakaian tak kering. So, masa nak mencuci pakaian suami dan pakaian sekolah si kakak... Fiza terfikir pasal function air dry kat mesin basuh. Before ni tahu... Tapi tak pernah nak mencuba pun. Yelah! Bila dah siap cuci... Terus nak sidai. 

Function selalu guna pun... cuci dan bilas je. Tak terfikir pun nak keringkan terus. Lagi pun, mustahilla terus boleh kering kan... Mesin basuh pun yang biasa-biasa je. Bukan macam kat dobi hotel atau di kedai dobi... Cuci dan boleh terus dikeringkan... Keluar je pakaian, memang masih panas. Kering pun, elok je.


Cara guna function air dry pada washing machine

CARA MENGGUNAKAN 'AIR DRY' PADA MESIN BASUH

So, Fiza try la kot-kot boleh kering. Siapa tahula kan. Mencarilah tutorialnya di google. Jumpala di youtube tutorial lebih kurang sama, cumanya berbeza jenis mesin basuh... Dan langkah-langkah untuk penggunaan air dry yang Fiza maksudkan adalah seperti berikut :-
  1. Tekan onn
  2. Then, tekan air dry
  3. Tekan spin
  4. Akhir sekali tekan start. Tunggu hingga selesai. Paling minimum pun selama 30 minit.
Dan hasilnya... Takdelah kering sangat, tapi bolehla... Agak-agak kalau kita jemur di luar selepas air dry... 15 minit macamtu dah boleh kering ok. Bolehlah guna function air dry tu masa emergency je. Kalau panas terik kat luar... Better sidai je pakaian di luar... Takdelah bazir arus elektrik. Kan? 

0 Comments