Assalamualaikum, hai...
Telefilem Qalbu, Atau Hati Dalam Bahasa Arab | Merupakan drama ulang siar yang bakal menemui penonton malam ni dalam slot telefilem cerekarama tv3, bersempena dengan pencalonannya dalam Anugerah Skrin 2018. Ia pernah ditayangkan pada 19 Mei 2018. Plot ceritanya sangat menarik dan pelbagai perasaan akan timbul apabila menontonnya. Sedih! Namun sarat dengan pengajaran.

Telefilem Qalbu
Sumber : kataubaid

Secara kesimpulannya, apa yang Fiza dapat katakan... Drama Qalbu mengisahkan tentang seorang lelaki bergelar suami bernama Kamal. Dia sanggup melakukan apa sahaja demi anak-anaknya Kasih dan Aiman. Pergolakan jiwanya bergelora apabila mendapat tahu kehilangan anaknya. 

Kamal juga dipenjarakan atas kesalahan rasuah yang dirancang oleh isterinya, Marlia. Marlia punyai agenda untuk memerangkap suaminya kerana ingin membolot harta. Kasih dan Aiman turut hilang tempat bergantung. Mereka lebih rapat dengan Kamal berbanding Marlia.

Sepanjang Kamal dipenjarakan, Marlia pulak menjalinkan hubungan sulit dengan Syukri, akauntan di syarikat yang sama dengan Kamal. Bukan itu sahaja, Aiman dan Kasih juga sering didera oleh ibu mereka. 

Sanggup kan? Isteri yang dicintai akhirnya menikam suami sendiri dari belakang. Tapi itulah realiti, kekadang berlaku dalam masyarakat kita hari ini. Namun, semua itu ujian daripada Allah. Pengajaran pertama yang harus kita ambik sebagai iktibar dalam hidup. Ujian yang diberi adalah tanda Allah sayang kepada hambaNYA dan ia adalah bertujuan untuk menguji sejauh mana keimanan kita sebagai hambaNYA.

Kemudian, pengajaran yang kedua... Setiap yang diawali dengan nawaitu yang tidak baik, kesannya pun akan mendatangkan keburukan. Salina akhirnya menerima kifarah atas dosanya sendiri. Lelaki yang digilainya, akhirnya curang jugak dengan dia dan dia jugak turut ditangkap oleh SPRM atas kesalahan pecah amanah dan dipenjara selama 8 tahun.

Then, penting jugak kena ingat. Jangan sesekali meminjam wang dengan Along walaupun susah macam mana sekali pun. Contohnya yang berlaku dengan Toyu lakonan Fauzi Nawawi. Bukan setakat nyawa dia sahaja yang tergadai. Nyawa anak-anak Kamal jugak turut tergadai.

Begitulah kisah hati Kamal yang diuji Allah. Dari kisah isterinya curang, anaknya hilang, menumpang kasih dengan orang dan mati kena langgar. Kamal tumbang kecundang... Hatinya tidak cukup kuat untuk menerima apa yang telah berlaku. Akhirnya, Kamal menjadi seorang yang kurang siuman.

Bagi yang tak berkesempatan menonton siaran sebelumnya, bolehlah layan malam ni. Best cerita ni tau... Lagi² ia dibintangi para pelakon seperti Faizal Hussien, Fasha Sandha, Fauzi Nawai, Aidil Aziz, Nur Qistina Raisah dan Wan Maimunah. Memang mantap!!!

Selamat menonton semua. Fiza pun akan layan nantinya walaupun untuk kali yang kedua. Hehe...

2 Comments