DIA YANG MENULIS

MINGGU KE-7 DAI NUSANTARA, MUSIM KE-6


Assalamualaikum, hai... 
MINGGU KE-7 DAI NUSANTARA, MUSIM KE-6 - Alhamdulillah, dua minggu tak tengok rancangan Dai... Akhirnya, semalam berkesempatan jugak Fiza untuk melihat rancangan daiTV3 bersempena dengan minggu kemerdekaan.

Bagi minggu ke-7, hanya tinggal 5 peserta dai sahaja lagi yang mana terdiri daripada dai Imran, dai Raisyah, dai Adam, dai Syahmi dan dai Haziq. Pada persembahan kali ni, mereka membawa tajuk berkisar tentang kemerdekaan, di mana...

  1. Dai Imran membawa tajuk kemerdekaan zaman Rasulullah.
  2. Dai Adam dengan tajuk minda dijajah
  3. Dai Raisyah dengan tajuk merdekakah aku?
  4. Dai Syahmi dengan tajuk peliharalah perpaduan
  5. Dai Haziq dengan tajuk #kitapunya
Alhamdulillah, untuk minggu ni jugak terdapat peserta pilihan penonton yang mana #daihaziq, #daiadam dan #daiimran telah terpilih dengan undian di twitter. Selain tu, tiada penyingkiran untuk minggu ke-7 dai nusantara musim ke-6.

Menyentuh tajuk dai Adam berkaitan 'minda dijajah'. Hurmmm... Semuanya terpulang kepada jati diri yang kita miliki. Kekuatan agama yang kita pegang sampai mati.

Dulu...
Sebelum mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Malaysia... Seperti yang kita sedia maklum, telah dijajah oleh beberapa kuasa asing seperti Portugal, Belanda dan Inggeris sehingga mencecah ratusan tahun.

Sepanjang tempoh itu, rakyat di negara ini terpaksa tunduk dan akur dengan segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak penjajah. Siapa yang menentang, mereka akan menerima padah.

Masa tu, rakyat sangat susah dan tidak bebas melakukan aktiviti harian mereka. Kenapa? Semua pergerakkan dan tindak tanduk mereka dikawal rapi oleh pihak penjajah. Pendek kata, bukan setakat minda terjajah... Fizikal pun terjajah. Sangat sedih untuk dikenang. Namun, semuanya telah menjadi sejarah. Malah telah dibukukan dan menjadi salah satu silibus pembelajaran masa kini.

Kini... Sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, masyarakat kita bebas melakukan aktiviti tanpa terikat dengan peraturan dan undang-undang kuasa asing. Kan?

Semalam... Usia kemerdekaan negara kita telah mencapai 61 tahun, di bawah pemerintahan kerajaan baharu. Persoalannya, apakah rakyat di negara kita benar² sudah merdeka?

Pada umumnya, memangla merdeka... Tapi, mungkin hanya merdeka dari segi fizikal semata-mata.

Bagaimana dengan kemerdekaan jiwa dan minda? Adakah sudah merdeka atau masih lagi dijajah?. Apa yang membimbangkan harini penjajahan minda yang berlaku dalam masyarakat terutamanya dalam kalangan generasi Y atau Gen-Y.

Penjajahan minda merujuk kepada usaha untuk menguasai pemikiran masyarakat melalui penyebaran maklumat palsu dengan tujuan menimbulkan kepincangan dalam masyarakat... Yang akhirnya mencetuskan rasa tidak puas hati.

Sebelum nasi menjadi bubur, kita perlu berhati-hati apabila menerima sebarang maklumat terutamanya yang diperoleh melalui media sosial.

Kesahihan sesuatu maklumat itu perlu disemak sebelum mempercayai kebenarannya atau berkongsi dengan pihak lain.

Sama²lah kita beringat. Selamat berhujung minggu semua. Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-61 semua. 


Post a Comment

2 Comments

  1. Suka tengok dai, sekurang-kurangnya sebagai santapan jiwa

    ReplyDelete
  2. semoga mejadi ikutan generasi mudak knktok..

    ReplyDelete