Assalamualaikum, 
Selamat Petang.

Drama Neraka Kasih Maisarah, 16 September 2018 | Beberapa minggu ni, kita menyaksikan promosi hebat drama Neraka Kasih Maisarah di tv3... Dan tiba masanya, malam ni jam 9 malam... Kita akan menyaksikan satu lagi drama arahan Along Kamaludin... Selepas drama apabila terbit fajar. Ceritanya hampir sama. Anak yang ditatang bagaikan minyak yang penuh... Tanpa diduga, akhirnya menconteng arang ke muka orang tuanya.


Neraka kasih maisarah
Kredit : picluck.net

SINOPSIS DRAMA NERAKA KASIH MAISARAH TV3, 16 SEPTEMBER 2018

Drama tersebut dikatakan mengenai Mak Midah seorang bidan kampung yang terkenal dan sangat dihormati. Segala hal berkaitan perbidanan di kampung pasti akan dirujuk padanya. Mak Midah mempunyai seorang anak gadis bernama Maisarah. Maisarah dijaga dengan penuh kasih sayang.

Namun kebahagiaan mereka berakhir dengan satu tragedi malang menimpa Maisarah. Maisarah disahkan mengandung. Demi menutup aib keluarga, anak maisarah diberikan kepada pasangan suami isteri.

Sejak itulah, Maisarah hilang arah kerana kehilangan anaknya. Apakah yang akan berlaku kepada Maisarah? Adakah Maisarah menjadi gila? Atau Maisarah berjaya mendapatkan anaknya balik? Tragedi Malang itu memberikan impak yang mendalam dalam kehidupan Maisarah.

Hurmmm... Mesti sedih. Selalunya, drama arahan along kamaludin tak pernah mengecewakan. Banyak norma kehidupan masyarakat sekarang ditonjolkan. So, sebagai penonton... Kita kena tahu menilai yang mana baik... Yang mana buruk. 

Jangan lupa, Malam ni...

Nantikan Telemovie Neraka Kasih Maisarah yang bakal ditayangkan di TV3. Dibintangi oleh Mimi Lana dan Raja Afiq. Save the time ok!