Assalamualaikum, hai...
Cik Reen Encik Ngok Ngek | Merupakan slot megadrama terbaru yang akan mulai bersiaran pada 1 Oktober 2018 di Astro Ria 104, menggantikan megadrama alamatnya cinta. Ia merupakan adaptasi novel The Misadventure Cik Reen Mr. Ngok Ngek, hasil karya Maya Adira.


Megadrama terbaru cik reen encik ngok ngek

PELAKON DAN WATAK DALAM DRAMA CIK REEN ENCIK NGOK NGEK

Antara barisan pelakon yang melakonkan watak-watak di dalam megadrama tersebut nanti adalah seperti Farah Nabilah sebagai Azreen, Fikry Ibrahim sebagai Harris Zakuan, Scha Elinnea sebagai Izyan, Farhan Asri sebagai Igram, Iswan Ismail sebagai Iman dan Haneesya Hanee sebagai Zaza.

Megadrama cik reen Encik Ngok Ngek
Kredit : Myinfotaip.com

Tapi, hero dan heroin untuk drama tersebut nanti adalah Farah Nabilah dan Fikry Ibrahim. Rasanya, First time mereka digandingkan bersama. Mesti Meletop!!! Kan?

SINOPSIS MEGADRAMA TERBARU GANTIKAN ALAMATNYA CINTA

Actually, berdasarkan sumber, megadrama tersebut mengisahkan tentang beberapa hari sebelum majlis pernikahan, Izyan dan Iqram menghilang. Bagi menutup malu, keluarga mereka mencadangkan Azreen (kakak Izyan) dan Harris (abang Iqram) untuk berkahwin bagi menggantikan majlis tersebut. 

Selepas berkahwin, mereka membuat keputusan untuk mencari Izyan dan Iqram. Kedua-dua mereka berhasrat untuk berpisah sekiranya berjaya membawa Izyan dan Iqram pulang. Bagi Azreen cinta tidak boleh dipaksa. Lagi pun Harris sudah ada teman hati yang didambakan iaitu Zaza. Sepanjang penggembaraan mereka, Azreen mula jatuh hati dengan Harris. Walaupun mulut kata benci, dia tidak mampu menolak rasa di hatinya. Adakah Azreen bertepuk sebelah tangan? 

Kenalah tengok nanti, 1 Oktober 2018... Jam 10 malam di Astro Ria 104. Save the date ok! :-)

REVIEW NOVEL THE MISADVENTURE CIK REEN MR. NGOK NGEK

Kebiasaannya, before layan sesuatu megadrama yang berunsurkan adaptasi novel... Fiza lebih suka baca reviews daripada para pembaca novel sebelum menonton. Jika feedback yang dorang bagi menarik... In Shaa Allah, Fiza akan layan.

Berdasarkan sumber, ternyata ramai yang menyukai novel tersebut. Antara komen yang membuatkan Fiza teruja nak tengok drama tersebut adalah seperti berikut :-


Novel misadventure cik reen mr. Ngok ngek
Kredit : goodreads.com


#komen Sha889
Sebab novel ni sangat menghiburkan, saya bagi 5 bintang. Tak ada apa nak complain. Penulisan smooth dan teratur. Plot citer yang kelakar. Hero dan heroin punya karakter pun best dan tak over. Memang enjoy dan senyum sorang² baca novel ni. 

#Komen Adilah
Pengembaraan Cik Reen & En Ngok Ngek ni memang macam-macam. Sangat mengujakan. Ada insiden kena kacau di lebuh raya,  jumpa Inspektor Khai & Sani,  kena samun, jumpa nenek kebayan a.k.a Tuk Chik... Tapi ia merapatkan lagi hubungan cik reen dan encik ngok ngek. 

#Komen Aliza Nai
Semua perasaan ada dalam cerita ni.  Dari kelakar,  sakit hati,  sedih dan gembira. I suka jalan ceritanya yang tak membebankan tetapi padat dari satu bab ke satu bab. 

Menarik bukan. Tapi, sesuatu drama tu akan menjadi #trending... Bila ada keserasian dalam lakonan antara pelakon utama. Kalau tak... Memang jarang lak nak tengok orang update di socmed. Tengok jelah... Baru-baru ni drama jangan benci cintaku... Sana-sini orang kecoh dengan watak Husna. Jadi trending kan...

Semoga megadrama kali ini tak akan mengecewakan para penonton hendaknya. Bye...