DIA YANG MENULIS

SYURGA DI HUJUNG JALAN TV3


Assalamualaikum, hai...
SYURGA DI HUJUNG JALAN TV3 - Malas nak tengok cinta lemon madu... Semalam, Fiza pun gosokla baju Alia dan ayahnya. Lepas tu, tetiba adik bagitau... Ada drama best akan ditayangkan jam 10 malam. Seperti kebiasaan, sebelum menonton... Fiza akan cari di carian google... Mengenai sinopsisnya dan siapa pelakonnya. Rupanya drama syurga di hujung jalan pernah ditayangkan pada tahun 2016 di tv9. Bermaksud, ia adalah rancangan ulang siar untuk tv3. Baca sinopsis macam best. Apalagi, Fiza dan encik suami pun layan sampai tamat.

Telefilem syurga di hujung jalan

First things first, antara pelakon yang terlibat dalam drama tersebut adalah seperti Nazeera Sardi sebagai Zaliya, Mawar Rashid sebagai Marini dan Iedil Putra sebagai Hadif.

SINOPSIS PENUH DRAMA SYURGA DI HUJUNG JALAN

Drama tersebut mengisahkan tentang Zaliya, seorang pelajar pintar di sekolah. Namun, telah ditangkap polis kerana dituduh menjual dadah. Tapi, hakikatnya dia tidak bersalah dan telah dipergunakan oleh rakannya Marini. Mereka sama² dihantar ke pusat pemulihan akhlak.

Bila keluar dari pemulihan akhlak, cikgunya telah memberikan sebuah mesin jahit dan Zaliya pun balik ke rumah ibunya. Ayahnya pulak meninggal dunia ketika mendapat tahu Zaliya ditangkap polis gara² dadah.

Ibu Zaliya iaitu Salmah masih tidak dapat memaafkan Zaliya. Walaupun dia membenarkan Zaliya tinggal bersama dengannya... Tapi, dia meletakkan syarat. Walaupun tinggal bersama ibunya, Zaliya berdikari sendiri dengan mengambik upah menjahit.

Hari demi hari, orang kampung mengata Zaliya. Namun, Zaliya tetap tabah dan dia sering meluahkan perasaannya kepada pak ngahnya yang bekerja sebagai nelayan. Dialah yang banyak membantu Zaliya ketika menghadapi sebarang kesulitan.

Suatu hari, motosikal Zaliya rosak dan teserempak pulak dengan Hadif... Anak Haji Ramli yang tak nak bekerja, menagih dadah pulak tu... Disebabkan tak nak orang kampung tahu anaknya penagih dadah, dia sanggup membelikan dadah untuknya. Tapi dengan Zaliya, dia ok... Sampaikan Zaliya tak tahu pun Hadif menagih dadah. Malah, Hadif jugak membantu Zaliya untuk dapatkan pinjaman bagi kerja² menjahit dia. Tapi, malangnya... Permohonan Zaliya ditolak.

Melihatkan Hadif dan Zaliya yang begitu rapat... Haji Ramli begitu beria untuk bermenantukan Zaliya. Muslihat dorang, nak menghalau Hadif dari rumah sebenarnya. Tanpa pengetahuan Zaliya, ibunya Salmah telah menerima pinangan Haji Ramli dan Isteri. Yelah! Salmah pun tidak menyukai Zaliya... 

Hadif dan Zaliya akhirnya berkahwin. Bermulalah episod rumahtangga mereka ditimpa masalah. Ibubapa Hadif mahukan mereka cuba untuk hidup berdikari. Mereka akhirnya tinggal di rumah sewa pak ngah Zaliya di hujung kampung. Hadif kembali kepada perangai lamanya... Duit hasil kerja dengan pak ngah habis untuk dia belikan dadah... Begitu juga duit hasil menjahit Zaliya, habis dia ambik. Nasib baik Marini hadir di kala Zaliya lemah tiada kekuatan. Marini minta maaf ke atas apa yang berlaku. Zaliya pulak tidak pernah berdendam terhadap Marini. Marini sentiasa ada buat Zaliya.

Kehidupan Zaliya semakin dihimpit dengan masalah kewangan apabila Hadif berhutang kepada pengedar. Haji Ramli tidak mahu orang kampung tahu, dia membayar hutang Hadif... Tapi, dia nak Zaliya bayar duitnya dalam masa sebulan. Zaliya terpaksa jual barang yang dia miliki termasuklah mesin jahit pemberian cikgunya.

Disebabkan tidak tahan dengan sikap suaminya, Zaliya cuba untuk lari... Namun terbatal disebabkan dia mengandung. Hadif pulak kena tangkap dengan polis. Masa tu... Ibu dan mertuanya begitu marahkan Zaliya. Zaliya yang jahat di mata mereka. Zaliya yang menyebabkan Hadif menagih... Masa tula Zaliya berani bukak mulut dan mengatakan perkara sebenarnya kepada Haji Ramli dan Isteri... Yang mana mereka sebenarnya dah tahu anak mereka menagih... Sebab tu mereka jadikan Zaliya sebagai mangsa untuk menjaga Hadif.

Drama syurga di hujung jalan

Sebenarnya, Hadif dah pun keluar dari lokap. Takde seorang pun tahu. Zaliya cuba untuk pulihkan Hadif dan dalam masa yang sama dia dah pun selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang comel. Di saat Zaliya keseorangan menjaga anak dan dalam masa yang sama mengubati Hadif... Tetiba berlaku satu insiden. Zaliya membeli dua bungkus nasi lemak dan ada budak kampung yang suka menghasut... Mengatakan Zaliya membawa lelaki lain ke rumah... Mereka semua menyerbu rumah Zaliya di hujung jalan... Termasuklah Salmah, ibu Zaliya sendiri. Betapa marahnya mertua dan ibu Zaliya... Sehingga memaki hamun Zaliya. Zaliya tetap berdiam. Tak sanggup mendengarkan Zaliya dimaki hamun... Hadif keluar lalu memarahi mertua dan kedua orang tuanya. Mereka semua terkejut. Mereka ingat Hadif dalam penjara.

Betulla kata Hadif, tiada sorang pun yang memperdulikan mereka. Bila sekali bersalah... Sepanjang hidup dianggap bersalah... 

Masa tu jugak, pak ngah dan Marini sampai. Marini mengaku ke atas apa yang berlaku... Zaliya tak bersalah. Syurga di hujung jalan tamat apabila ibu Zaliya sudi memaafkan dia. Hadif pun semakin pulih... Hidupla mereka dengan bahagia di hujung kampung.

TAMAT...

Pada Fiza cerita ni banyak mengajar kita tentang bersangka buruk dan padahnya akan memalukan diri sendiri. Begitu jugak dengan sikap suka menghukum... Kekadang, sekali orang tu bersalah... Tak bermakna selamanya bersalah... 

Fiza bagi 4 bintang daripada 5 bintang untuk drama tersebut. Satu lagi, Fiza baru perasan pelakon Iedil Putra. Rasanya dia jarang berlakon, that why muka dia tak familiar sangat. Betul tak?

Post a Comment

2 Comments