Assalamu'alaikum, hai... 
Fizacrochet.com - Siapakah pembunuh ibu dan ayah Mukriz dalam cinta tiada ganti, akhirnya terbongkar. Dah lama rasanya tak menonton drama cinta tiada ganti... Tengok pun first episod sampaila ke episod 8... Sekali tengok petang tadi... Dah masuk episod 34. 

Drama bersiri cinta tiada ganti

Dalam episod 34, Raihana atau Lijah kena ikat dengan Datin Vee dan Raizal. Mereka tak nak Raihana mengaku yang dia telah membunuh parents Mukriz. Hakikatnya bukan dia. 

Terdapat satu scene di mana Raihana atau Lijah imbas balik apa sebenarnya yang berlaku. Pada malam kejadian, Datin Vee telah mengupah pembunuh upahan untuk membunuh Raimie dah isterinya... Tapi, sayang... Atan dan Lijah ada di situ... Di saat Raimie sudah tidak bernyawa... Dan ibu Mukriz still hidup. 

Pembunuh upahan tersebut telah memukul Atan dari belakang... Dalam masa yang sama ibu Mukriz mintak tolong sebab dia dah nak bersalin... Di saat Rain dilahirkan... Betty muncul lalu merampas pistol di tangan pembunuh upahan... Dan telah menembak ibu Mukriz. 

So, pembunuh sebenar ibu dan ayah Mukriz adalah Datin Vee dan Betty. 

Dah agak dah... Yang Datin Vee perancang utama di atas kematian Raimie dan isterinya. Tapi, tak sangka pulak... Betty pun terlibat. 

Apa yang menjadi persoalan, bagaimana Lijah atau Raihana boleh ikut Raizal... Sedangkan Datin Vee memang dari awal tak sukakan Raihana jadi menantunya. 

Haha... Begitulah, persoalan demi persoalan yang timbul. No wonder ada yang tak suka layan drama bersiri... Nak² drama bersiri sampai 100 episod. Bila dah skip banyak episod... Beginilah jadinya... Kan? Tertanya-tanya apa yang berlaku... 

Tapi... Tak terlambat lagi kalau nak layan drama Arabella ni... Ada 66 episod lagi... Baru sikit kot konflik yang timbul. Lepas ni mesti banyak lagi konflik... Timbul pulak watak baru... Kan? 

Apa² pun hidup kena enjoy, syukur dengan nikmat yang kita ada... Yang pasti Allah jangan dilupa... Layan drama pun...  Just untuk suka²... Tak perlu nak emo sangat sampai terbawak dalam dunia yang nyata. Nama pun drama... Sah² la #dramasangat...  Ye tak? 

Good night everyone... 

1 Comments